Saturday, 23 May 2015

Jumpa kami di Booth Nisa' di UMP Esok!


Salam semua.. AlhamduliLlah.. Esok (23 Mei 2015), kami, Nisa' PB ada membuka booth bertempat di Perkarangan Masjid..

Booth akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, InsyaAllah.. Jemput datang ramai2 ye..

Antara aktiviti menarik yang disediakan:

1) Roda Impian
2) Photo Booth
3) Pendaftaran Nisa'
4) Teka Bilangan
5) Jualan barangan
6) Hadiah dan Saguhati Nisa' PB
7) DLL

[...]

Wednesday, 4 December 2013

WWE 2013 - MEMORIES


Alhamdulillah. WWE2013 ditutup dengan jayanya. 
Dari pihak penganjur, kami memohon ribuan kemaafan andai ada salah silap, masalah teknikal, ketidakselesaan dan sebagainya sepanjang masa program berlangsung.
Kami amat berharap adik-adik peserta mendapat paling tidak sedikit kebaikan dari segala modul yang dijalankan.

Maaf, Imsak Walk yang sudah dirancang sebaiknya tak dapat dijalankan berikutan hujan lebat yang turun. Begitu juga solat subuh di pantai. Semuanya disebabkan kekangan cuaca. Apapun Allah tahu yang terbaik untuk kita. Segala ketetapan adalah hakNya.

Kami kongsikan gambar sepanjang program berlangsung. Jumpa anda di WWE2014, jika dipanjangkan umur =)










































[...]

Sunday, 17 November 2013

Promosi Wonderful World of English Camp!

Assalamualaikum kawan2 yang berada di sekitar Kuantan. Anda pernah dengar tentang The FBI (Fasih Bahasa Inggeris) Family tak? selalu dengar mereka buat program di K.L je kan. kali ni, mereka yang akan datang ke Kuantan! dan kita tak perlu ke K.L lagi utk hantar anak2 kpd coach2 FBI yang budiman utk mengajar anak kita fasih dalam Bahasa Inggeris!

Kami dari Nisa' Paya Besar akan menyusun aktiviti perkhemahan WWE (wonderful World of English) pada penghujung bulan November ini untuk anak2 anda mengisi cuti persekolahan mereka.

Dalam kem ini, Anak2/ Adik2 anda tidak diajar tentang "grammar" sebaliknya mereka diajar untuk fasih dan mahir/menguasai Bahasa Inggeris Secara umum agar mereka dapat bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Inggeris Yang BAIK.

Kepada yang ada anak2/adik2 (12-17 tahun) jangan lepaskan peluang ini untuk memahirkan anak2/adik2 anda dengan Bahasa Inggeris.

kat bawah ni disertakan respon peserta WWE 2012





[...]

Monday, 14 October 2013

Wonderful World of English Camp is back!


Assalamualaikum wth

Alhamdulillah, WWE Camp is back again for the second time.
Atas permintaan ramai, kami berusaha untuk mengadakannya kembali, dan harapannya moga Allah mudahkan segala urusan untuk kita sama sama beri peluang pada peserta yang tak sempat sertai tahun lepas, dan juga kepada peserta tahun lepas yang sangat-sangat berminat untuk sertai lagi pada tahun ini.

Yuran seperti yang tertera di atas, ada diskaun istimewa untuk peserta yang kita kira sebagai alumni WWE. Ini merupakan tanda terima kasih kami kepada anda yang tidak putus memberi sokongan tahun lepas. 
Juga kami adakan konsep early bird, iaitu sebelum 1 November 2013, yuran adalah RM155 sahaja!!
WOW! sungguh murah kan? 
Alhamdulillah, dengan izinNya, kami cuba mengenakan yuran yang kami kira terbaik dengan fasiliti yang baik dan tempat penginapan yang selesa, insyaAllah.

Seperti biasa, pelbagai aktiviti akan diadakan. Paling utama adalah workshop English itu sendiri bertemakan Speaking with Style dan Amused with English yang akan dilatih oleh Coach Ridz dan Coach Sha. Masih coaches yang sama seperti tahun lepas, memandangkan feedback peserta tahun lepas yang sangat menggemari mereka =) 
Juga akan ada beberapa slot yang mementingkan ibadah, kerana kami juga berkonsepkan khemah ibadah pada tahun ini. Tadabbur, Tafakkur dan Tawassum akan mengajar adik adik untuk beribadah di mana sahaja, dengan cara yang mudah dan tidak lelah, tapi dalam masa yang sama berupaya menimbulkan rasa kehambaan kita padaNya, insyaAllah.
Kami juga akan mengadakan slot untuk keberanian dan keyakinan diri, seperti Point Hunt, Blackout, Subuh Walk dan lain lain. Diharapkan kita dapat mengasah keberanian adik-adik dalam menghadapi hidup yang serba mencabar ini.

Jumpa di sana! Sila hubungi PIC yang tertera untuk pendaftaran =)



[...]

Thursday, 20 December 2012

Mengatasi Rendah Diri


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, setelah siri program WWE anjuran Nisa' Paya Besar dengan kerjasama beberapa pihak, diharap adik2 dapat mengenalpasti kelemahan berbahasa inggeris dan mendapat tips2 yang sangat baik untuk memantapkan bahasa inggeris adik2. walau bagaimanapun, kami Nisa' Paya Besar suka untuk berkongsi cara2 mengatasi rasa rendah diri yang mungkin masih ada pada adik2 yang menyebabkan tidak dapat menggunakan tips yang diberikan oleh coach tempoh hari. 
Kaedah mengatasi rendah diri ini dikongsi dari majalah solusi kolum Potensi oleh Dato' Hj. Muhammad Zakaria.

Ada daripada kita memiliki sifat rendah diri yang melampau sehingga sering merasakan diri serba kekurangan. orang lain pandai-pandai belaka, tetapi kita tidak. Diri kita miskin sedangkan orang lain kaya. 
Apabila berada ditengah-tengah kelompok manusia anda sering berasa kerdil dan serba tidak kena seolah-olah orang lain memandang rendah terhadap diri dan mengetahui kekurangan yang ada dalam diri anda. 

Hakikatnya bukan semua orang tahu membaca bahasa tubuh yang ditonjolkan. biarpun terasa terasing dalam kelompok yang ramai, bukan semua orang tahu gelodak hati anda. Fahamilah bahawa ramai orang yang mahu mencungkil bakat dan kelebihan yang ada pada diri anda. Mereka mahu berkongsi pengalaman, bukan mendedahkan kelemahan anda.

Apabila berada dalam sesebuah majlis, mengapa anda memilih tempat duduk paling belakang? Ataupun mengapa duduk di sebalik tiang? Kalau boleh, tiada hubungan terus antara anda dengan pengacara, penceramah atau VIP yang duduk di atas pentas.

Bagitu juga apabila anda berkomunikasi dengan seseorang. Awal-awal lagi anda telah mendedahkan kelemahan dengan membuat pengakuan seperti:
*saya bukanlah orang terpelajar seperti tuan.
*saya orang kampung sahaja.
*maaf syarikat saya kecil sahaja, kad nama pun tak ada. 
*saya datang naik bas sahaja.

Bukan seperti sangkaan

Sebenarnya, diri anda tidak selemah yang disangka. Orang lain tidak pernah memandang rendah terhadap kemampuan diri anda kecuali beberapa orang yang memang ego, sombong dan mementingkan diri sendiri.

Manusia sering tidak dapat membezakan antara "rendah diri" dengan "rendah hati". Kedua-duanya berbeza sama sekali. Rendah diri adalah sikap yang timbul kerana rasa kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri. sedangkan rendah hati adalah sifat mahmudah yang mulia disisi Allah iaitu tawaduk, tidak sombongdan tidak merendah-rendahkan orang lain. 

Rendah diri juga ditakrifkan sebagai perasaan memandang rendah kemampuan diri sendiri, tidak mempunyai sebarang kemampuan yang bermakna atau perasaan kurang berharga yang timbul kerana ketidakmampuan psikologi atau sosial mahupun keadaan jasmani yang kurang sempurna atau cacat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rendah diri adalah sejenis penyakit yang berbahaya dan perlu dirawat dengan segera. jika tidak, ia hanya merugikan diri sendiri. 
Apa yang menyebabkan anda sering berasa rendah diri? adakah kerana anda berasa banyak kekurangan atau berasa tidak mampu melakukan perkara yang orang lain boleh lakukan?
Jangan sering memandang posisi orang yang tinggi sama ada dari aspek kekayaan, ilmu, kemasyhuran atau kebolehan. Kita tidak mampu menjadi seperti orang lain. Jadilah diri anda sendiri dan itu sudah cukup menyenangkan. 

Mengenali dan memperkembangkan potensi diri sendiri cara terbaik untuk meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri. Ketahuilah bahawa setiap manusia sama disisi Allah dan bezanya adalah taqwa.

Dalam proses meniti usia, setiap orang mengumpul kelebihan dan kekurangan masing-masing. bahkan, orang yang anda anggap sempurna juga memiliki kekurangan tersendiri. Mereka sama seperti anda dan saya. Tiada alasan untuk anda berasa rendah diri. Berikut menjelaskan tentang punca dan ciri-ciri orang rendah diri:

Punca rendah diri:

1. Faktor dalaman: Faktor gen atau keturunan, kecacatan tubuh badan, penyakit, kelemahan menguasai bidang pelajaran, susah berkomunikasi dan sebagainya.

2. Faktor luaran: Faktor persekitaran, budaya, cara hidup, pengaruh orang yang terhampir, ekonomi, sosial, dan sebagainya.

Ciri-ciri orang rendah diri


Selalu menyendiri, 
mengelak daripada bergaul, 
selalu ragu-ragu dalam bertindak, 
tidak mahu bersaing secara positif seperti memasuki pertandingan olah raga atau sebarang pertandingan yang mencabar minda, 
mengelak daripada berhujah, 
enggan memberi pendapat.

Cara Atasi kekurangan diri:

1. Lupakan kekurangan anda.-terima diri seadanya, kerana tidak semua manusia sempurna. jadikan kekurangan sebagai kelebihan terutama jika tiada pada orang lain.
2. Luaskan pergaulan. -bergaul dengan orang yang mempunyai kepercayaan tinggi, belajar cara mereka jalani kehidupan.
3. Rajin bertanya. -mulakan perbualan (ice breaking) terutama dengan kenalan baru. jangan khuatir jika orang tidak menjawabpertanyaan anda atau bersangka bahawa pertanyaan anda dianggap sebagai soalan bodoh.
4. Tingkatkan penampilan diri. -beri perhatian pada penampilan diri sebelum keluar. berpakaian kemas adalah sangat baik untuk meningkatkan keyakinan diri.
5. Kembangkan kelebihan anda. -xpandai berpidato, tapi pandai menulis, mulakan dengan menghantar karya ke majalah/ akhbar yang kurang ternama dahulu, lama kelamaan mungkin boleh menghasilkan buku sendiri pula.
6. Sentiasa bersikap tenang. -kesalahan utama orang yang berasa rendah diri adalah kurang kawalan diri terutama jika berada dalam situasi yang tertekan dan asing. atasi kelemahan dengan membaca basmalah & ta'awuz, memegang sesuatu, memandang mata orang yang berkomunikasi dengan kita, menyusun percakapan dengan perlahan serta teratur dan sebagainya.
7. Singkirkan imaginasi negatif. -Hilangkan pemikiran bahawa semua orang sedang memerhatikan gerak laku atau berfikir negatif terhadap anda. semua hal negatif hanya ada dalam imaginasi dan kotak fikiran anda sahaja. 
8. Cuba sesuatu yang baru. -biasakan diri mencuba sesuatu yang baru yang akan membuka wawasan serta pandangan anda tentang kehidupan. Sasarannya adalah untuk memberi kita sebuah pemahaman bahawa tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini. keterbatasan hanya suatu kesalahan dalam cara kita berfikir. seharusnya kita tidak memiliki satu alasan pun untuk berasa rendah diri!
[...]

Saturday, 27 October 2012

Wonderful World of English 23 - 25 November 2012


-

Assalamualaikum wth
Bulan November kembali lagi, maka cuti sekolah kembali lagi..
Sekali lagi Nisa Paya Besar kembali dengan aktiviti menarik untuk anak anak sempena cuti sekolah ini..

Kem cuti sekolah yang diberi nama Wonderful World of English ini berobjektifkan penekanan kepada penguasaan bahasa Inggeris, juga untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar-pelajar. Kem akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Peserta yang disasarkan adalah dari darjah 4 (10 tahun) sehingga tingkatan 4 (16 tahun). Kami percaya subjek bahasa Inggeris merupakan 'general skill' yang pelu dipelajari secara taktikal, dengan tidak mengira peringkat umur. Maka kami menjemput coach hebat yang dikenali oleh serata pelosok tanah air, Coach Rasheedah Zakariya atau lebih dikenali dengan Coach Sha. Beliau dan suaminya, Coach Ridzuan A. Ghani merupakan penulis buku '21 Rahsia Fasih Bahasa Inggeris'.

Mereka aktif dalam berkongsi ilmu dan kemahiran berbahasa Inggeris dan motivasi di Family F.I.R.E. Training & Tools juga di sekolah dan institut yang menjemput mereka. Mereka merupakan perunding utama di Coaching Zone Sdn Bhd. dan terkenal dengan Program FBI (Fasih Bahasa Inggeris) mereka. Coach Sha dan Coach Ridz juga adalah Exco Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Ahli Profesional Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).



Selain itu, kita juga ada perunding motivasi berpengalaman iaitu Sir Taqi. Nama penuh Sir Taqi ialah Muhammad Taqiuddin Mohamad Tabarani, seorang Kordinator program di AMPAC Shah Alam. Beliau biasa mengendalikan program yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan remaja dan kanak-kanak. Beliau bersama AMPAC meletakkan fokus utamanya dalam menjana 9 kepintaran insan dengan menggunakan modul-modul latihannya yang praktikal dan komprehensif.


Kita juga menekankan kepentingan motivasi yang tinggi, keyakinan diri, nilai nilai islam dan kekuatan ibadah sewaktu merancang aktiviti kem ini. Kita menyediakan aktiviti menarik seperti Kuliah maghrib dalam bahasa Inggeris, pembelajaran melalui permainan dalam bahasa Inggeris, 'explorace' dalam bahasa Inggeris, sesi men'tadabbur' alam sekeliling, aktiviti lasak dan khemah ibadah.

Mari sama sama membentuk diri  menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi. Di samping berusaha untuk menguasai kemahiran berbahasa Inggeris, mari sama sama mempelajari bahasa baru (Korea dan Jepun) sebagai bonus menyertai kem ini.

Sila hubungi AJK pendaftaran seperti yang tertera di poster atas. 
Jumpa anda di sana!!!
________________________________________________
[Peralatan penting yang perlu dibawa oleh peserta]
[Sport attire, including shoes]
[Arm socks and socks - for girls]
[Writing utensils]
[Sandal/ Slippers]
[Kain batik/kain pelekat]
[Praying attire]
[Suitable attire for workshop]
[Toiletries]


TENTATIF

JUMAAT
2.00 pm – Pendaftaran dan Briefing
2.30 pm - Perasmian dan slot bersama ibubapa
3.30 am - Modul FBI (Fasih Bahasa Inggeris)
4.30 pm - Solat Asar
5.00 pm - Modul FBI
6.30 pm - Makan malam dan hemah diri
7.15 pm - Solat Maghrib dan kuliah maghrib in English
8.15 pm - Solat Isyak
8.45 pm - Modul FBI
10.45 pm - Minum malam dan tidur

SABTU
5.30 am - Persiapan dan qiam
6.00 am - Solat subuh di pantai
6.30 am - Sesi tadabbur alam, melihat matahari terbit
7.00 am - Riadah Pagi
8.00 am - Sarapan pagi dan dhuha
8.30 am – Modul FBI
12.30 pm - Makan tengah hari
1.15 pm - Solat zohor
2.00 pm - Explorace
4.30 pm - Solat asar dan minum petang
5.00 pm – Riadah: Motivational Game (PantaiSepat)
6.30 pm - Makan malam dan hemah diri
7.20 pm - Solat maghrib
7.30 pm - Kuliah maghrib
8.30 pm - Solat isya'
8.45 pm – Modul : burung hantu
10.15 pm - Muhasabah
12.00 pm - Tidur

AHAD
5.30 am - Persiapan dan qiam
6.00 am - Solat subuh
6.15 am – Aktiviti Subuh: Motivasi
7.30 am - Sarapan pagi
8.00 am – Slot motivasi dan yakin diri
10.00 am - Minum pagi
10.30 am – Modul: complimentary class (korean / japanese language)
12.30 pm –Makan tengah hari dan Solat Zohor
1.30 pm – Resolusi dan majlis penutup
3.00 pm - Bersurai



  

[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny