Monday, 5 March 2012

Sukaneka PASTI Kawasan Paya Besar Meriah


Ahad, 4 Mac 2012

Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan  Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti yang terlibat adalah Pasti Al Aman selaku tuan rumah, Pasti Al Hidayah, Pasti An Nur dan Pasti Al Mukmin. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu lari dalam guni, bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol, lari bersama pundi kacang dan tarik bola dengan gelung rotan.


Sukaneka ini telah dikendalikan oleh 12 orang ahli Nisa' Paya Besar. Pelajar yang terlibat adalah seramai 220 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan 4, 5 dan 6 tahun manakala guru-guru yang terlibat seramai 13 orang. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi setelah pelajar-pelajar, guru dan ibubapa berkumpul di padang. Program dimulakan dengan perasmian oleh Ustaz Tarmizi Yahya selaku penaung PASTI Kawasan Paya Besar.



Selain daripada acara yang dipertandingkan untuk pelajar Pasti, ibubapa juga diberikan peluang untuk bersukan dimana dua acara dipertandingkan iaitu lari dalam guni dan mengisi air dalam botol untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah pula diberikan peluang untuk acara berebut gula-gula.


Selain acara sukan, program ini juga dapat memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat kepada pertubuhan yang terlibat terutamanya Nisa' Kawasan Paya Besar. Selain itu, untuk menekankan aspek kesihatan secara keseluruhan, pihak penganjur juga menyediakan pemeriksaan kesihatan Percuma yang dikendalikan oleh doktor pakar yang didatangkan khas untuk program ini.


Pada Jam 4 petang, acara berakhir dengan Pasti Al Hidayah menyandang gelaran juara keseluruhan dalam sukaneka kali ini.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh TYDP Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya . Diharap acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

[...]

Sunday, 19 February 2012

Nisa' Team Building 2012


Assalamualaikum dan salam mujahadah kepada semua pembaca blog. 

Alhamdulillah, Nisa' Paya Besar telah berjaya menjalankan salah satu program besar tahunan kami iaitu Nisa' Team Building kawasan Paya Besar. 

Program ini bertujuan untuk menyemak rangkakerja tahunan dan melantik Ahli Jawatan Kuasa baru bagi sesi 2012/2013.

Tahniah dan takziah kepada ahli-ahli yang telah terpilih menggalas tugas dan tanggungjawab pada sesi kali ini. Semoga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan baik dan usaha menghubungkan silaturrahim sesama insan terutama remaja dapat diteruskan. We Care To Connect Youth.
[...]

Sunday, 5 February 2012

Kisah Cinta Yang Agung

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog. Alhamdulillah, kita sudah memasuki tahun baru Hijrah 1433 dan masihi 2012. masa berlalu begitu cepat. rasanya baru semalam kita menyambut maal hijrah. seperti yang semua maklum, esok merupakan tarikh bersejarah dalam kelender Hijrah, iaitu hari kelahiran rasulullah. Masihkah kita ingat kepada insan teragung ini? Kekasih Allah, yang punya darjat teragung disisi Allah, yang begitu kasih dan cintakan umatnya; kita!

masihkah kita ingat setiap inci peribadi nabi S.A.W? setiap butiran peribadi Baginda, dan tiap peristiwa yang Baginda lalui sepanjang hidupnya? adakah cukup sekadar kita mengingati Rasulullah pada tarikh-tarikh tertentu sahaja? Sedangkan Rasulullah, hingga pada saat-saat terakhir kehidupannya sangat kasih kepada kita, meminta agar Baginda menanggung siksanya sakaratul maut umatnya. meminta Allah mengampun dan memelihara umatnya. siapakah umatnya kalau bukan kita yang mengikut ajarannya, yang mengucap dua kalimah syahadah. 

marilah sama-sama kita hayati kisah cinta Rasulullah yang agung terhadap kita, umat Muhammad S.A.W. Jadikan hari ini sebagai permulaan untuk kita mengamalkan sunnah Rasulullah dan menerapkan aqidah al-qur'an serta akhlak Rasulullah dalam diri kita, masyarakat sekeliling dan kehidupan seharian.











[...]

Sunday, 1 January 2012

FOR GENERATION (4G)

Salam Mahabbah mengejar kejayaan. 

Alhamdulillah Nisa' PB telah mengadakan program bersama adik-adik remaja sempena menyambut kedatangan sesi persekolahan yang baru tidak lama lagi.

Kita telah berjaya mengadakan program FOR GENERATION (4G) bertemakan "Let's Talk About Success" pada 31 Disember 2011, dihadiri oleh seramai 20 orang adik-adik dari kawasan sekitar Kuantan.

Program yang dimulai dengan slot perkenalan ini terdiri daripada 3 slot utama iaitu Worldview, First Thing First, dan Hebatnya Kamu Sebagai Remaja Al-Fateh


Slot terakhir bersama ibubapa bertajuk Permata atau Kaca diadakan bertujuan untuk menambahkan dan mengukuhkan semangat adik-adik untuk melakar langkah baru menuju kejayaan. 

Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya merangka misi kejayaan masing-masing. Semoga terlaksana dan bertemu lagi dipuncak kejayaan.

Tahniah juga kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama ibubapa dan adik-adik yang terlibat.
wassalam.


P/s: Hadiah buat adik-adik (",)


[...]

Friday, 12 August 2011

NISA' SMALL KINDNESS


assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini..insyaAllah, bersempena dengan Bulan Ramadhan yg berbarakah ini, kami Nisa' PB akan mengadakan program Nisa' Small Kindess..program ini merupakan program tahunan yg dianjurkan oleh seluruh Nisa' di Malaysia ini..

Bagi Nisa' PB, kami akan turun dari rumah ke rumah untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya dsbnya..jadi, kami amat2 m'alu-alukan sumbangan daripada pihak kalian samada berbentuk wang, pakaian dsbnya..

sama2 kita menyumbang setakat mana yg termampu walau hanya serkadar RM1 pun..kerana sesungguhnya amalan pd bln ini b'lipat kali ganda ganjrannya dan merupakan sedekah jariah kita, insyaAllah..Harap dapat sampai2kan pada sahabat2 lain..syukran atas sokongan kalian.. 


[...]

Thursday, 11 August 2011

JOM KENALI 3N



Unit Nisa' News and Network (3N)

Ketua : Cik Fatimah Azzahidah

- Memperkemaskan lagi gerak kerja Nisa’ di bahagian penerangan, promosi, publisiti, penyelarasan dan suntingan artikel, simpanan media bercetak ataupun digital
 
[...]

JOM KENALI UKS




Unit Kesenian dan Sukan (UKS)

Ketua : Pn. Hayati Ibrahim

- Memperkenalkan keseniaan & sukan dalam Islam
- Memberi garis panduan dalam setiap program menurut perspektif Islam 
[...]

Wednesday, 10 August 2011

JOM KENALI UPK




Unit Pendidikan dan Kerjaya (UPK)

Ketua : Cik Sofiah Mohd Radzi

- Membantu generasi muda cemerlang dalam pengajian, kerjaya dan keusahawanan melalui suntikan motivasi dan saluran informasi yang menyeluruh
[...]

JOM KENALI UKK



Unit Kaunseling dan Kebajikan (UKK)

Ketua : Pn. Ayusha Che Kamarudin

- Berperanan sebagai “the lending ears” kepada generasi muda
- Berperanan sebagai agen kebajikan dan ‘caretaker’  kepada masyarakat
 

[...]

JOM KENALI UPI




Unit Pembangunan Insan (UPI)

Ketua : Pn. Nur Aizuriza Aziz

- Melahirkan pendokong Islam yang tegar melalui sistem ‘touch and hold’ 
- Memberi kefahaman Islam melalui program yang mudah dan ceria serta menarik 

[...]

Friday, 5 August 2011

12 WASIAT IBU BUAT SI ANAK


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang mendurhakai suami sahaja mengganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan dimana isteri sebagai penenang dan penyeri rumah tangga.

12 WASIAT IBU KEPADA ANAKNYA:
1. Semasa suami bercakap hendaklah kamu diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk dan memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah kamu mendiamkan diri, jangan suka menjawab, kerana ia akan menambahkan kemarahan suami mu.
3. Kadang-kadang suami suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati mu hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan.
5. Jika dia berhajatkan sesuatu hendaklah kita cepat bertindak. Bangun segera apabila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya mengikut selera mu.
7. Apabila pakaian suami terkoyak atau tercabut butangnya hendaklah segera ditampal atau dijahit. Jahitlah secantik yang boleh dan jangan dibuat sambil lewa.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami ditempat yang mudah dilihatnya seperti sikat, ketip kuku, minyak wangi dan sebagainya.
9. Apabila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami terlebih dahulu begitu juga bila bertembung dengan kehendak ibu ayah, berikan alasan dengan berhikmah dalam menolak kehendak mereka. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun kita berada dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu ayah maka mintalah izin dari suamimu terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baru diberi tahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan kita sewenang-wenangnya telah menghadiahkannya kepada orang lain.
11. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika berada di rumah.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Akhir kata wahai anakku, hendaklah kita sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamah dengan keluarganya dan bersabarlah diatas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Disinilah peranan kita untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

[...]

BUDAK CERDIK DAN KAJIANNYA


Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditermui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.


Pengembala itu pun bertanya: “Adakah kau nampak kerbau pak cik yang hilang?”

“Oh, kerbau pak cik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?” tanya budak itu.

“Ya,ya….” Jawab pak cik itu dengan cepat.

“Rasanya kerbau pak cik itu dah tua…” tambahan budak itu.


“Betul, betul, kerbau pak cik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?”

“Kerbau pak cik tempang kaki kanan yang di sebelah hadapan bukan?”


“Betul, betul. Tunjukkan kerbau pak cik itu di mana?”

“Maaf pak cik, saya tak jumpa kerbau pak cik…”kata budak itu .


“Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pak cik. Kerbau pak cik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata. Jangan bergurau, pak cik nak cepat ni….”

“Betul saya tak nampak, pak cik,” balas budak itu lagi.


“Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pak cik?”

Budak itu tersenyum. “Macam ni…” kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar. “Tengok umput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pak cik. Ini kesan ragutannya…” budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.


“Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pak cik? Bukan kerbau lain?”

“Cuba pak cik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah… ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada lansung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang…”


Pengajarannya:Tidak semestinya sesuatu itu perlu dilihat untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. 

Begitulah ALLAH, kita tidak perlu melihatNya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. CUKUP DENGAN MELIHAT CIPTAANNYA… SUBHANALLAH….


Tanpa melihat Nabi SAW kita yakin dengan aqidah yang dibawanya.. Tanpa melihat malaikat kiri dan kanan kita yakin yang catatn itu sentiasa dicatatkan.. Tanpa melihat bagaiaman ibu kita melahirkan kita, kita yakin yang ibu mengharungi kesukaran.. Tanpa melihat hari akhirat kita tetap yakin yang kita semua akan ke sana suatu hari nnt...

[...]

Thursday, 4 August 2011

Risalah Jejak Serikandi 3


Risalah Jejak Serikandi Edisi 3 merupakan terbitan Unit Nisa' News Network (3N) Nisa' Paya Besar. Mempunyai  tulisan yang berkisar tentang aurat seorang muslimah, 'Sempurnakah Auratmu?'

Sinopsis:  

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.’ (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan untuk disebarkan kepada orang ramai (copy, print, fotokopi dan sebarang bentuk salinan adalah dibenarkan). TANPA mengubah apa-apa daripada Risalah ini.
 
[...]

Risalah Jejak Serikandi 2

 
Risalah Jejak Serikandi Edisi 2 merupakan terbitan Unit Nisa' News Network (3N) Nisa' Paya Besar. Mempunyai dua tulisan iaitu 'Wanita vs. Kerja vs. Ibu vs. Isteri' dan 'Guru Pertama Anda'. 

Sinopsis:  

1) Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik  suami  dan  keluarga  ketika berada  diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.
  
2) Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak dalam membentuk keperibadian dan ahklak mereka. Ibu bapa adalah penentu kepada baik dan buruknya masa depan anak-anak.

Dibenarkan untuk disebarkan kepada orang ramai (copy, print, fotokopi dan sebarang bentuk salinan adalah dibenarkan). TANPA mengubah apa-apa daripada Risalah ini.

[...]

Risalah Jejak Serikandi 1


Risalah Jejak Serikandi Edisi 1 merupakan terbitan Unit Nisa' News Network (3N) Nisa' Paya Besar. Mempunyai dua tulisan iaitu 'Sihat itu Nikmat' dan 'Sakit itu Ujian'. 

Sinopsis:  

1) Kesihatan yang baik akan menjadikan seseorang individu tersebut lebih selesa meneruskan kehidupan dan menikmati kebahagiaan. Perumpamaan bidalan arab menyatakan Al-Aqlu Sallim Fii Jismi Sallim” yang bermaksud akal yang baik berpunca dari tubuh badan yang baik.

2) Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah SWT semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk  meluahkan rasa pengharapan itu. 

Dibenarkan untuk disebarkan kepada orang ramai (copy, print, fotokopi dan sebarang bentuk salinan adalah dibenarkan). TANPA mengubah apa-apa daripada Risalah ini.


[...]

Tuesday, 2 August 2011

PUASA MUKMIN vs. PUASA MUNAFIQ


Salam Ramadhan yang penuh berkah..Kita telah melangkah masuk ke bahagian fasa pertama Ramadhan.Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun. ”
Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.
Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq. Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah.

Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabah menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.

Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan.
Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.


“Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.”

Amin Ya Rabbal 'Alamin…
 
[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny