Kami bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W ketika perang Zaatirriqaa', kami sedang berehat dibawah sebatang pohon yang rendang, kami meninggalkan Beliau seorang diri, tidak lama kemudian datang seorang musuh, dan dengan cepat menyambar pedang Nabi S.A.W yang digantung di dahan pokok itu, dengan pedang terhunus dan sikap mengancam, musuh itu berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W: Siapakah yang dapat membela engkau sekarang wahai Muhammad? Dengan tenang dan tegas baginda S.A.W menjawab: Allah!
mendengar kalimah 'Allah' , tiba-tiba badan musuh itu menggeletar ketakutan, Nabi S.A.W dengan tangkas merampas pedangnya. kemudian berkata kepada musuh itu: sekarang siapakah pula yang dapat membela kamu?
Ketika peperangan sudah berkecamuk dengan dahsyatnya dan semua mata-mata para sahabat telah kelihatan merah lantaran telah memerah tenaga yang begitu hebat dalam peperangan, kami semua berlindung dibelakang Rasulullah s.a.w, dan di saat-saat yang demikian genting itu kelihatan Baginda lah yang paling terdekat dengan pasukan musuh (ertinya paling terkehadapan dan paling berani).
(H.R al-Nasaie, Ahmad dan al-Tabrani)
Demikian keberanian Nabi S.A.W berhadapan dengan musuh yang bersenjata dengan tangan kosong, tanpa menyerah diri, tetapi terus bertindak menyerang.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi, bahawa Anas r.a berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W itu sebaik-baik manusia dan sangat bermurah hati serta paling berani. Pada suatu malam, penduduk Madinah dilanda rasa ketakutan, kerana terdengar suara yang menakutkan di segenap penjuru kota itu. Setelah orang ramai keluar rumah menuju ke arah suara dahsyat yang sangat mengejutkan itu, tiba-tiba mereka dapati Rasulullah s.a.w sudah lebih dahulu keluar seorang diri sambil menunggang kuda kepunyaan Abu Talhah bersama sebilah pedangnya yang di sandangkan di lehernya, lalu Beliau berkata kepada orang ramai: 'Jangan kamu takut, tiada sesuatu yang mesti ditakuti', demikian Beliau menenangkan mereka, dan menyuruh mereka pulang.
0 comments:
Post a Comment