Friday, 15 June 2012

Sukarnya untuk bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Pada kali ini, kami ingin membincangkan dan berkongsi dengan pembaca tentang SYUKUR. salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang dituntut dalam Islam.

Dale Carnegie pernah berkata: "Jangan mengharapkan 'terima kasih' daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa"
Beliau menjelaskan sebabnya: " ini kerana umumnya manusia di dunia ini tidak pandai berterima kasih." kenyataan yang ditulis dalam bukunya, Stop Worrying and Start Living itu memang ada kebenarannya. Memang kebanyakan manusia tidak pandai mengenang budi. Untuk hidup lebih tenang, jangan mengharapkan terima kasih.
Manusia bukan sahaja tidak pandai berterima kasih kepada sesama manusia, malah tidak pandai berterima kasih kepada Allah; Tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi nikmat yang tidak terhitung. Berterima kasih kepada Allah itulah yang dinamakan bersyukur.
Dalam bahasa mudah, syukur itu ialah seperti yang diungkapkan oleh Imam al-Jurjani: "Suatu ungkapan atau penyataan kerana memperoleh nikmat, baik secara lisan, tindakan mahupun hati.

Bersyukur itu sangat sukar. Sukarnya untuk manusia bersyukur ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur."(Surah Saba' 34:13)

Sifat syukur itu wajib ada pada setiap orang Islam. Ia salah satu daripada sifat mahmudah yang wajib dipelajari, difahami dan diamalkan oleh setiap mukallaf. Manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia pun sudah dikira tidak beradab, apatah lagi jika manusia tidak bersyukur kepada Allah.
Oleh sebab itu, Allah mendidik manusia supaya bersyukur kepada Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada ibu bapaku. Jadikanlah amal perbuatanku sesuai dengan keredhaan-Mu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku ialah orang yang berserah diri." (Surah al-Ahqaf 46:15)

Pandang Kelebihan, Bukan Kekurangan

Namun setiap sesuatu yang berharga tentulah sukar untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan sifat syukur. syukur tidak boleh dipaksa. Ia perlu muncul dari dalam hati dengan kerelaan. Manusia diberi pilihan, sama ada untuk bersyukur atau sebaliknya. Jika manusia memilih untuk bersyukur, itu adalah baik untuknya. sebaliknya jika memilih untuk tidak bersyukur, akibat buruknya ditanggung sendiri. 

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (Surah al-Insan 76: 2-3).

Namun, kerana kasih sayang-Nya, Allah mengulang-ulang kalimah syukur dan kalimah-kalimah lain yang berkaitan dengannya sebanyak 60 kali dala al-Qur'an. Allah ingin mendidik manusia akan peri pentingnya sifat syukur. Maha Suci Allah yang tidak akan meletakkan sesuatu yang tidak penting dalam kitab-Nya yang agung dan mulia. Sekiranya disebut sekali sahaja, itupun sudah memadai untuk membuktikan kepentingannya, apatah lagi diulang-ulang sebanyak itu. Tegasnya, syukur itu satu sifat yang sangat penting diketahui, difahami dan diamalkan.

Apa erti syukur?  
Dari segi bahasa,  syukur maknanya pujian. Yakni pujian apabila mendapat kebaikan atau kelebihan kepada pihak yang memberi kebaikan dengan menyebut kebaikannya. Apabila manusia menghargai kelebihan yang ada pada dirinya, maka itulah modal awal untuk bersyukur. Jadi, sudah sewajarnya setiap manusia bersyukur kerana setiap manusia mempunyai kelebihan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung."

Malah ada yang merasa "kekurangan" itu juga hakikatnya satu kelebihan, sekiranya dibuat perbandingan. Orang bijaksana sering menungkapkan, "sekiranya kamu mengeluh tidak berkasut, ada orang lain yang tidak berkaki." Untuk merasai kelebihan, pandanglah orang di bawah.

 Sedarilah kita bahawa kita mempunyai kelebihan, kemudian hargai kelebihan itu. itulah langkah awal untuk bersyukur. Sebaliknya, orang yang kufur (dalam konteks ini kufur nikmat), hanya nampak kekurangan lalu mengeluh atau "menyumpah" kekurangan itu. Orang yang bersyukur akan rasa cukup dengan yang sedikit. Sebaliknya, orang yang kufur tidak akan puas dengan yang banyak.

Syukur Itu Subur

Kalimah syukur juga bererti penuh atau lebat. Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Maka begitulah orang yang bersyukur, rezekinya akan subur. kesan bersyukur, rezekinya yang sedikit akan ditambah oleh Allah menjadi banyak. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: Jika kamu bersyukur, sungguh pasti Aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu. (Surah Ibrahim 14:7)

Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan menghitung kesyukuran, bukan kesukaran. maksudnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, hendaklah berfikir secara positif dengan melihat kepada kelebihan, bukan kekurangannya.
Orang yang bersyukur akan berusaha menampakkan kesan nikmat Allah kepada dirinya. Syukur itu "menampakkan". Lawannya kufur yakni "menutupi". 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Amru Ibn Shuaib: "sesungguhnya Allah suka diperlihatkan kesan daripada nikmat-nikmatNya" 
 
Namun menampakkan kesan nikmat tidak sama dengan sifat menunjuk-nunjuk. Menampakkan kesan nikmat dibuat dengan hati yang mengingati Allah (zikrulla). Tujuan menampakkan kesan nikmat adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah yang mengurniakan nikmat itu. Sebaliknya, perbuatan menunjuk-nunjuk dibuat dengan tujuan mahu menonjolkan diri.

Orang yang mampu bersyukur hanyalah mereka yang dapat melihat kelebihan diri. namun kelebihan itu dirasakan milik Allah, bukan milik dirinya. Apabila bersyukur kita memuji Allah, bukan memuji nikmat atau memuji diri sendiri.
Wallahua'lam.
Edit & Re-post: Solusi 43
[...]

Thursday, 14 June 2012

Dimana Bahagia?

"ma, nak pulang..." ucap si anak inginkan pendapat dari ibu.
"kenapa? exam kan masih berbaki...?"
"saja nak tukar angin sekejap...rasa macam tak tenang hati duduk kat sini..."
"ikutlah..." jawab ibu sepatah.
sudah masuk hari kedua dia berada dirumah. namun hatinya masih dirasakan kosong. malahan, yang lebih menyedihkan, dia merasakan belajar di asrama lebih baik daripada pulang ke rumah. asyik membuat kerja itu dan ini sehingga tiada masa untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan. hanya dua hari, membuatkan dia termenung panjang dihujung tangga rumah.
petang itu, ibu memerhatikan tingkah anaknya yang murung sejak pulang dari asrama.
"kenapa murung je ni nak?"
dia hanya tersenyum sambil memegang tangan ibunya.
"tak ada apa ma... cuma teh rasa macam kosong. macam mengejar bayang-bayang pula. kesana tak senang, kesini pun gelisah. duduk di asrama pun tak seronok.balik rumah risaukan kerja sekolah..." ujar teh mengeluh.
"dimana bahagia ye ma?" tanya teh jujur, seperti orang kebingungan.

kadang-kadang bahagia tu tak perlu dikejar. kadang-kadang orang yang tak mencari boleh mendapat bahagia berbanding yang mencari-cari. Yang mencari, terus mencari hingga lelah mengejar bahagia. sedangkan apa yang telah dikecap untuk mendapat bahagia itu akhirnya menjadi sampah-sampah disepanjang jalan yang ingin dituju. betulkah bahagia itu ada disini? ada dekat dengan kita. tapi, makin dikejar semakin ia menjauh?

entahlah. saya pun kurang arif tentang itu. kebetulan ketika berlangsungnya pesta buku yang lepas, saya sempat membelek-belek pelbagai jenis buku motivasi, sejarah dan pendidikan di booth2 disana. banyak juga buku motivasi yang ada, sangat membantu dalam membina sakhsiah dan keyakinan diri. antaranya, buku keluaran ustaz hasrizal, ustaz amin dan tak ketinggalan buku motivasi oleh penulis terkenal, stephen covey.


Saya sempat membeli buku 'bahagiakan hatimu' oleh ibnu qayyim al-jauziyah, diterjemah oleh muhd nasruddin dasuki. ibnu qayyim ni adalah ulama' tersohor dalam bidang aqidah, feqah, dan akhlak pada abad ke-13. beliau mendapat gelaran al-Qayyim kerana bapanya adalah penjaga.

Dalam buku ini banyak menyebut tentang kebahagiaan. Kebahagiaan bermula dari hati, kerana ia adalah raja yang akan mengawal anggota tubuh. hati yang bersih mendorong kepada perbuatan-perbuatan yang baik dan memberi keamanan dan ketenangan kepada empunya hati. tetapi hati yang kotor akan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat seterusnya akan menyebabkan kecelaan dan kegelisahan. bermula dari tabiat2 yang tidak digalakkan yang akan menyebabkan hati menjadi suram tanpa sebab.

Menurut ibnu qayyim, 7 perkara yang akan merosakkan hati iaitu:

1. Pergaulan yang tidak berfaedah

Pergaulan yang tidak berfaedah ialah banyak bergaul dengan orang yang hatinya kotor. Ini akan menyebabkan hati kita terpengaruh dengan sikap dan perangai mereka sekaligus menyebabkan hati kita turut sama menjadi kotor. apatah lagi apabila kita turut sama melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan hati kita rosak. Contoh yang paling mudah, hiburan dan cerita-cerita yang banya ditayangkan di media massa sekarang. rancangan realiti yang semakin berleluasa, kesukaan kita pada lagu-lagu atau artis-artis, juga sebenarnya mendorong kepada pengaruh tingkahlaku kepada kita. akibatnya, kita akan selalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai hamba yang patuh kepada suruhan Allah. akibatnya, hati menjadi lemah tidak bersemangat, sentiasa gelisah dan dibebani dengan pelbagai masalah.

"Dan ingatlah ketika orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku dahulu mengikut jalan kebenaran bersama-sama rasul. Malang bagiku kerana aku mengambil dia menjadi sahabat akrab. sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada al-Qur'an ketika al-Qur'an itu sampai kepadaku"
(Al-Furqan:27-29)

itulah yang sebenarnya terjadi kepada mereka yang bergaul dengan orang yang rosak hatinya. mereka berbelah bahagi dalam membahagikan kasih sayang antara agama dengan kepentingan orang yang akrab dengannya. apabila mereka tidak memperoleh apa yang dihajati, mereka menyesal dan berasa sedih serta sakit hati. selalu kan terjadi kepada kita? akhirnya, daripada sayangkan kawan, bertukar menjadi benci dan menghina sesama sendiri.

bersabar atas perbuatan buruk rakan kepada kita akan membawa kepada kebaikan. apabila kita dipaksa mengikut gaya hidup mereka terutama perkara-perkara yang berlebih-lebihan, kita hendaklah berusaha dengan berhemah dan bersopan santun untuk menyedarkan mereka supaya patuh dan taat kepada Allah. sekiranya hati tergerak melakukan perkara yang ditegah, sebaik-baiknya tabahkan hati dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan godaan syaitan.

2. sentiasa berangan-angan

Berangan memang sesuatu yang sangat disukai oleh manusia. kalau tak percaya, tanya pada diri sendiri, angan-angan pasti suatu perkara yang menyeronokkan. ia boleh menjadi perancangan, tetapi angan-angan yang tidak menjadi kenyataan adalah perkara yang sia-sia. Ada ungkapan menyatakan angan-angan adalah modal kekayaan bagi orang yang bankrap. impian tersebut adalah janji-janji syaitan atau khayalan yang tak mungkin wujud dan satu pembohongan. sikap ini akan terus menjadi igauan ibarat kisah anjing dengan bayang-bayang. mereka yang bersikap sebegini mempunyai jiwa yang lemah, rendah diri, berasa terhina, dan tidak mempunyai semangat berjuang untuk mencapai cita-cita. ini kerana fikiran sentiasa diisi dengan khayalan yang tidak berfaedah dan munasabah.
angan-angan yang bersifat kebendaan adalah sia-sia, tetapi bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan bersemangat juang teguh, angan-angan adalah ilmu dan iman bagi mereka. begitu juga perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, angan-angan adalah ibarat iman, cahaya dan hikmah kepada mereka. Rasulullah sentiasa memberi galakan kepada sesiapa yang mempunyai angan-angan yang bermanfaat kerana dalam keadaan tertentu, ia dapat memberikan pahala sebagaimana dia melakukannya.

3. tidak berharap pada Allah

Tidak berharap kepada Allah pula penyebab utama hati menjadi rosak dan mati. Sepertimana kita mengetahui, beriman bahawa Allah yang menciptakan kita, manusia dan alam sekitar, dunia dan seisinya, begitulah Allah memiliki segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia. jika kita tidak mengharap kepada Allah, seolah-olah kita tidak yakin dengan Allah. perbuatan ini sangan merbahaya dan punca utama rosaknya kebahagiaan.

"Mereka menyembah selain daripada Allah dengan harapan mendapat pertolongan. benda-benda yang mereka sembah itu tidak mungkin dapat menolong mereka, sedangkan benda-benda itu menjadi tentera yang akan dibawa pada hari akhirat untuk menerima balasan"
(Yaasin:74-75)

Dalam point ini, saya juga suka untuk menekankan konsep tawakkal kepada Allah. kita sering mendengar konsep D.U.I.T> Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal. sebenarnya konsep ini perlu dilakukan sekaligus. konsep bertawakkal selepas berusaha adalah tidak tepat. ia seperti kita berharap pada usaha kita, kemudian baru kepada Allah. Usaha yang kita lakukan, didalamnya perlulah diselitkan dengan tawakkal. tawakkal adalah bergantung pengharapan kita seluruhnya kepada Allah, bukan berserah. berserah adalah seperti kita tidak lagi dapat mengharapkan usaha kita itu memberikan hasil yang baik, kemudian kita menyerahkan ia kepada Allah. Tawakkal adalah kita berharap kepada Allah pada permulaan, dipertengahan dan selepas kita berusaha. dengan itu, barulah dikatakan pergantungan kita hanya kepada Allah, bukan kepada usaha kita.



4. terlalu banyak tidur sehingga badan menjadi lemah

Amalan tidur selepas waktu subuh adalah tidak digalakkan kerana dalam satu hadith menyatakan tidur selepas sembahyang subuh boleh menyebabkan kepapaan, samada papa dari segi harta ataupun kebahagiaan jiwa. menurut ahli agama, tidur antara waktu sembahyang subuh hingga terbit matahari tidak digalakkan kerana pada waktu ini adalah waktu yang terdapat banyak keutamaan untuk memulakan sesuatu kerja. sebaik-baiknya waktu ini digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
terlalu banyak tidur pula akan menyebabkan jiwa menjadi mati dan hilang keperibadian. otak menjadi beku dan sukar memahami ilmu yang dipelajari disamping hilang semangat untuk bekerja. banyak tidur menyebabkan kita mendapat berbagai penyakit yang dapat merosakkan hati dan badan.

5. memandang secara berlebihan

Tentang pandangan yang berlebihan yang akan menggugat bahagia pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Pandangan adalah sebahagian anak panah iblis yang beracun, sesiapa menahan pandangannya, Allah memberikan rasa manis yang ia temukan di hatinya sampai ia berjumpa dengannya."

Ibnu qayyim menghuraikan tentang hadith ini, apa yang dilihat oleh seseorang ibarat panah beracun daripada iblis. sesiapa yang mampu menghalang pandangan daripada melihat perkara-perkara yang buruk, mereka akan terhidar dari kebinasaan. tetapi jika dia tidak mampu, maka sudah tentu terjadi fitnah menfitnah hanya kerana pandangan yang dihasut oleh syaitan.


6. terlalu banyak makan sehingga kenyang

Terlalu banyak makan sehingga kenyang terbahagi kepada 2 golongan:
1. rosak kerana perbuatan sendiri iaitu sama ada hatinya menjadi rosak kerana makan makanan yang diharamkan seperti darah, bangkai, daging babi dan binatang-binatang yang diharamkan; ataupun mereka makan makanan yang diharamkan iaitu hasil mencuri, merompak, barang hasi rampasan dan barang yang diambil dari tuannya tanpa kerelaan.
2. rosak hatinya kerana berlebihan ketika makan. golongan ini makan sehingga berlebihan dan kekenyangan. Perut yang kenyang akan menyebabkan kita sukar bergerak dan malas, apatah lagi dalam hal ibadah. boleh juga dikatakan mereka sebagai golongan yang mencari rezeki sehingga lupa kepada perintah Allah. akhirnya kedua-dua golongan ini dilanda penyakit hati sekaligus menyebabkan hilang kebahagiaan


7. kata-kata yang keterlaluan

Kata-kata yang keterlaluan boleh membawa kepada salahguna dan persengketaan. oleh itu berkatalah perkara yang berfaedah sahaja. jika tidak berfaedah, sebaiknya jangan diucapkan kerana bimbang akan menyinggung perasaan orang lain. mengikut sejarah, banyak peperangan berpunca daripada kata-kata yang keterlaluan.

Rasulullah berkata kepada muaz:
"Banyak orang yang diseksa di neraka disebabkan kerana perbuatan lisannya"
(Tirmizi dan ibnu majah)
Hadith ini terang-terang menjelaskan bencana lidah sehingga membawa kepada siksaan api neraka. tidak hairanlah kita sangat disarankan untuk menjaga lidah, selain pandangan, jika ingin menjaga hati.
saya teringat tentang salah satu lagu kumpulan inteam 'bicara kata' -terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata hilang percaya-

[...]

Wednesday, 23 May 2012

KEM MOTIVASI 3S! Jom Cuti Sekolah Ini


Assalamualaikum. Nisa' Paya Besar ingin membuat hebahan berkaitan aktiviti yang bakal dianjurkan sempena cuti sekolah ini. Butiran adalah seperti berikut:


KEM CUTI SEKOLAH - 3S - SOLAT, SOLEH , SUCCESS
oleh motivater Ust Akhwan Affandi
Tarikh: 03 Jun 2012 (AHAD)
Tempat: Masjid Cenderawasih, Kuantan


PESERTA : 9 THN—18 THN   (RM 25/org)




Untuk sebarang pendaftaran dan pertanyaan SILA HUBUNGI :
SOFYA 019.5290147 | FADHLINA 014.8004742 | SYARFI 019.3894833

[...]

Wednesday, 16 May 2012

Perang Papan Putih dengan Papan Hitam Mencabar



Belajar membuat baik, dan mendapatkan keyakinan orang sekeliling kita bahawa kita baik memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun.

Belajar membuat jahat, hanya perlu seminit. Persepsi akan kekal sampai bila-bila.

Untuk membina satu bangunan yang tinggi - masa 3-5 tahun diperlukan.

Namun untuk merobohkannya, tak perlu lama, sehari sudah mencukupi.

Nama baik seseorang, parti, organisasi, syarikat dibina dengan beramal, konsisten tingkah laku dan pertuturan untuk jangka masa yang lama.

Namun, untuk merosakkan nama baik ini, hanya perlukan satu kesilapan - segalanya akan tercalar. Dan apa yang tercalar, memerlukan masa yang lama untuk diperbaiki.

Dari segi politik, itulah cabaran utama apabila menghadapi sebuah parti yang terkenal dengan jahatnya.

Kita di posisi yang persepsi yang baik - kena cermat segalanya - kerana setiap kesilapan dan kekurangan akan diserang habis-habisan bahawa kita ini tidak sempurna - walhal tiada benda yang sempurna di dunia ini, walaupun baik kita berlambak namun ramai yang terlupa hal ini dan hanya fokus pada kesilapan kita.

Di posisi jahat pula, orang melihat kemungkaran itu sesuatu yang lazim, setiap kebaikan yang kecil pula dihebahkan habis-habisan bahawa orang yang jahat ini juga ada sifat yang baik - walhal perkara jahat mereka berjela, namun ramai yang terlupa hal ini dan fokus pada sedikit kebaikan mereka.

Perang papan putih berbintik hitam dengan papan hitam berbintik putih sememangnya mencabar. Dalam perjuangan Islam yang putih suci, inilah yang perlu diharungi menghadapi pihak papan hitam yang berbintik putih.

Quran 2:249
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Bersabarlah dalam mehnah perjuangan. Allah akan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Senyum.

sumber: HarakahDaily 15 Mei 2012
[...]

Friday, 4 May 2012

Nabi Muhammad S.A.W seorang yang berani


Keberanian jiwa adalah pokok pangkal dari segala sifat yang mulia dan terpuji. Oeh kerana itu para rasul dan nabi sebagai hamba-hamba pilihan Allah dengan sendirinya dianugerahkan oleh Allah jiwa yang berani, disamping budi pekerti luhur, kerana tugas berat yang dipikulnya sebagai penegak ajaran Allah kepada manusia, dan dalam rangka menyampaikan dakwah kepada mereka, memerlukan ketabahan dan jiwa yang berani melebihi manusia biasa.

Ketabahan, ketangkasan dan keberanian Nabi Muhammad S.A.W perlu lebih mantap kerana kerenah manusia yang dihadapinya lebih rumit, lebih mencabar dan lebih kuat dan licik daripada umat sbelumnya. Hal itu Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Lantaran kekuatan jiwa itu, Beliau S.A.W tidak pernah mundur setapak pun sehingga perjuangannya mencapai kejayaan.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa para sahabat berkata:
Kami bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W ketika perang Zaatirriqaa', kami sedang berehat dibawah sebatang pohon yang rendang, kami meninggalkan Beliau seorang diri, tidak lama kemudian datang seorang musuh, dan dengan cepat menyambar pedang Nabi S.A.W yang digantung di dahan pokok itu, dengan pedang terhunus dan sikap mengancam, musuh itu berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W: Siapakah yang dapat membela engkau sekarang wahai Muhammad? Dengan tenang dan tegas baginda S.A.W menjawab: Allah!
mendengar kalimah 'Allah' , tiba-tiba badan musuh itu menggeletar ketakutan, Nabi S.A.W dengan tangkas merampas pedangnya. kemudian berkata kepada musuh itu: sekarang siapakah pula yang dapat membela kamu?

Sayidin Ali bi Abi Talib, terkenal sebagai seorang pahlawan agung mengakui akan kehebatan dan keberanian Nabi Muhammad S.A.W itu, katanya:
Ketika peperangan sudah berkecamuk dengan dahsyatnya dan semua mata-mata para sahabat telah kelihatan merah lantaran telah memerah tenaga yang begitu hebat dalam peperangan, kami semua berlindung dibelakang Rasulullah s.a.w, dan di saat-saat yang demikian genting itu kelihatan Baginda lah yang paling terdekat dengan pasukan musuh (ertinya paling terkehadapan dan paling berani).  
(H.R al-Nasaie, Ahmad dan al-Tabrani)

Demikian keberanian Nabi S.A.W berhadapan dengan musuh yang bersenjata dengan tangan kosong, tanpa menyerah diri, tetapi terus bertindak menyerang.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi, bahawa Anas r.a berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W itu sebaik-baik manusia dan sangat bermurah hati serta paling berani. Pada suatu malam, penduduk Madinah dilanda rasa ketakutan, kerana terdengar suara yang menakutkan di  segenap penjuru kota itu. Setelah orang ramai keluar rumah menuju ke arah suara dahsyat yang sangat mengejutkan itu, tiba-tiba mereka dapati Rasulullah s.a.w sudah lebih dahulu keluar seorang diri sambil menunggang kuda kepunyaan Abu Talhah bersama sebilah pedangnya yang di sandangkan di lehernya, lalu Beliau berkata kepada orang ramai: 'Jangan kamu takut, tiada sesuatu yang mesti ditakuti', demikian Beliau menenangkan mereka, dan menyuruh mereka pulang. 
Keberanian para nabi dan rasul sebagai utusan banyak diceritakan dalam al-Qur'an sebagai contoh, dalam surah Hud ayat 53-55, mengisahkan keberanian Nabi Hud a.s, surah al-Syu'ara' ayat 61-62, mengisahkan tentang keberanian Nabi Musa a.s dan banyak lagi kisah-kisah keberanian para nabi dahulu yang boleh diketahui dalam al-Qur'an yang telah dikumpulkan dalam kitab Qisasul Anbia. 

Kalau para rasul dan nabi, seperti yang dicontohkan itu, merupakan manusia pilihan Allah dan paling berani, tentu sekali keberanian Nabi Muhammad s.a.w melebihi mengatasi mereka, kerana Baginda s.a.w diutus Allah kepada segenap umat manusia sejagat, sedangkan para nabi dan rasul sebelumnya hanya diutus untuk kaumnya sahaja.

Rujukan: Teladan Sepanjang Zaman PERIBADI NABI ANUGERAH SUCI
Penulis: sheikh Abu Muhammad Tolha al-Khairi

[...]

Pertandingan Bola Tampar

Assalamulaikum. makluman Pertandingan Bola Tampar Remaja Perempuan.

satu pertandingan Bola Tampar Remaja Perempuan akan di adakan pada minggu hadapan 13 Mei 2012(Ahad) jam 7:30 pagi - 5 petang di UMP Gambang.

Setiap kumpulan 7 orang. Kategori umur 12 - 30 tahun ke atas. Yuran RM10 seorang. Makan pagi/tengahari/ dan bas disediakan.Hadiah Trofi/medal/sijil/hamper.Hubungi careline :013 925 7318 / 014 531 0150 / 012 474 7070. Office:609-5580170.

sesiapa berminat untuk join group nisa' paya besar bolehlah mmberikan nama kepada ketua unit Kesenian dan Sukan Pn. hayati (013-9700119)

[...]

Tuesday, 1 May 2012

Demi Kemanisan Sebuah Mujahadah

Firman Allah yang bermaksud: "orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan Allah) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Alah bersama-sama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al-'Ankabut 29:69)

Abu Sa'id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah S.A.W Pernah ditanya tentang jihad yang paling utama. Lantas Bginda menjawab, yang bermaksud: "kalimat yang adil yang disampaikan kepada pemerintah yang kejam"
Abu Sa'id terus mengalirkan airmatanya pada ketika itu juga.
oleh kerana mujahadah tidak akan dapat direalisasikan hanaya menerusi kekuatan jasmani, maka semestinya hati para hamba itu sentiasa dihubungkan dengan Penciptanya agar sentiasa hidup dalam naungan hidayah serta inayatNya.

Definisi mujahadah
Mujahadah merupakan syarat utama dalam sebuah perjalanan hamba untuk mencapai makrifat kepada-Nya. keutamaan sifat ini banyak dinyatakan dalam Al-Qur'an dan hadith. Ia turut dibahaskan dengan mendalam oleh para ulama' tasawuf dengan menyatakan betapa sifat mujahadah ini wajib dimiliki oleh setiap insan.
Ibrahim bin Al-Adham berkata: seseorang hamba tidak akan mencapai darjat orang yang soleh sehingga dia mampu mengatasi enam rintangan:
1. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesulitan
2. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan
3. Menutup pintu istirehat dan membuka pintu mujahadah
4. Menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga
5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran
6. Menutup pintu angan-angan dan membuka pintu ke arah persiapan kematian.

Sheikh Abu 'Amru bin Najid berkata "Sesiapa yang nafsunya memuliakan dirinya (kerana tiada mujahadah padanya), maka agama dan reputasinya akan menghinanya."

Para Ulama tasawuf berkata: "Mujahadah terhadap nafsu ialah jihad akbar atau jihad yang paling utama dan terbesar kerana musuhnya tidak kelihatan."

Bagaimana Membina Mujahadah?

Perhatikan kata-kata ulama berikut terhadap pembinaan mujahadah dalam jiwa para hamba Allah:

1. Sheikh Hasan al-Qazzaz
Mujahadah akan dapat dibina melalui tiga keadaan iaitu tidak makan kecuali apabila benar-benar perlu, tidak tidur kecuali apabila benar-benar perlu dan tidak berbicara kecuali apabila benar-benar perlu.

2. Sheikh Nashr Abadzi
Penjaramu adalah nafsumu. Jika kamu keluar daripadanya dengan kesungguhan mujahadah, kamu pasti akan tinggal di tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kekal didalamnya 
3. Sheikh Abu Ali al-Daqqaq
Sesiapa yang menghiasi zahirnya dengan mujahadah, maka Allah memperbaiki batinnya dengan musyahadah (penyaksian). Ketahuilah, seseorang yang pada awal perjalanan hidupnya tidak pernah mengalami mujahadah, maka dia tidak akan memperoleh lilin yang dapat menerangi jalannya.

4. Zu al-Nun al-Misri
Allah tidak akan memuliakan seorang hamba dengan kemuliaan yang lebih mulia selain MENUNJUKKAN kepadanya kehinaan nafsunya, dan tidak akan menghinakan hamba-Nya dengan kehinaan yang lebih hina selain MENUTUPI kehinaan nafsunya daripada pandangannya. 

Setelah kita memahami kepentingan mujahadah dalam membina ketaqwaan kepada makrifat kepadaNya, seharusnya kita berusaha untuk membina kekuatan mujahadah ini menerusi kaedah-kaedah yang telah dinyatakan oleh ulama menerusi pengalaman mujahadah mereka yang telah merasai kemanisan hasil mujahadah itu sndiri.

Kita berdoa agar kita semua dikurniakan hidayah dan sentiasa dipimpin Allah ke jalanNya yang benar dalam mencapai makrifat kepadaNya. binalah mujahadah dalam diri, dan bermujahadahlah dengan yakin akan janjiNya, insyaAllah akan terbit kemanisan daripada mujahadah itu. 

-Tulisan Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid; mutiara tasawuf-

[...]

Sunday, 22 April 2012

Dimensi Rezeki Dalam Solat Dhuha 2

Dimensi rezeki yang kedua seperti dalam hadith berikut;
Rasulullah pernah mengirimkan pasukan dalam sebuah peperangan. Dalam waktu yang agak singkat, mereka berjaya beroleh kemenangan dan membawa pulang banyak barang rampasan peperangan.Ramai antara mereka bercakap tentang pendeknya waktu peperangan dan cepatnya mereka pulang serta banyaknya harta rampasan perang. Lalu Rasulullah S.A.W berkata, " bersediakan kamu untuk aku tunjukkan orang yang paling singkat waktu berperangnya, paling banyak rampasan perangnya dan paling cepat kembalinya? Siapa berwudhu kemudian berangkat ke masjid melakukan solat dhuha, maka dialah yang paling singkat waktu berperangnya, paling banyak rampasan perangnya dan paling cepat kembalinya," (hadith riwayat Ahmad dan Tabrani)


Dimensi rezeki ketiga adalah seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi. setiap sendi wajib dikeluarkan sedekahnya." Para sahabat bertanya, "siapakah yang mampu melaksanakan perkara itu?"
Rasulullah S.A.W menjawab:"Sepercik kahak didalam masjid yang kamu bersihkan, benda ditengah jalan yang mengganggu perjalanan orang, yang kamu singkirkan, adalah sedekah. Apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka solat dhuha dua rakaat sudah mencukupi kewajipan sedekah kamu." (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)



Dimensi rezeki keempat adalah seperti yang diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya, "Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dua rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa. Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha empat rakaat, dia dicatat sebagai orang yang kuat beribadat. siapa yang mengerjakan solat dhuha enam rakaat, pada hari itu segala keperluannya dicukupkan oleh Allah. Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha lapan rakaat, Allah memasukkannya dalam golongan yang tunduk serta menghabiskan seluruh waktunya beribadat. sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, Allah membangunkan baginya sebuah istana indah dalam syurga. Tidak ada dalam sehari semalam kecuali Allah pasti memberikan anugerah sera sedekah kepada hambaNya. (hadith riwayat Tabrani dan Abu Daud)



Dimensi rezeki ke lima pula berkaitan kehidupan selepas mati. Rasulullah menegaskan "sesiapa yang mendirikan solat dhuha empat rakaat dan sebelum solat zohor empat rakaat, maka didirikan baginya rumah didalam syurga. (Hadith riwayat Tabrani)
"dalam syurga terdapat pintu yang bernama ad-Dhuha. Apabila Hari Kiamat tiba, diseru kepada manusia "Mana orang yang mendirikan solat dhuha? inilah pintu kamu. masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah! (Hadith riwayat Tabrani)


walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa ganjaran dan rahmat Allah hanya mampu dicapai dengan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, sentiasa menjaga solat fardhu dan ibadah wajib seharian. Wallahua'lam.

sumber: Diari hidup Rasulullah S.A.W
Tulisan: Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin

[...]

Friday, 20 April 2012

Dimensi Rezeki Dalam Solat Dhuha

Assalamualaikum semua. Sudah bersiap-siap hendak ke pejabat? Atau hendak ke kampus dan memulakan sesi menimba ilmu? Ataupun ingin memulakan rutin harian dirumah? Ada baiknya lakukan dahulu seperti apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah, iaitu solat dhuha, paling kurang dua rakaat. Solat dhuha dan segala yang berkaitan dengannya disandarkan atas apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda tidak hanya melakukan solat dhuha ketika berada dirumah tetapi juga ketika dalam perjalanan bermusafir.

Salah satu tujuan solat dhuha didirikan adalah supaya pelakunya mendapat rezeki dan dijauhkan daripada kemiskinan. Tetapi seseorang itu perlu betul-betul bertaubat dan memohon ampun dari Allah seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah: solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan, dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.

Selain hampir dengan rezeki, solat dhuha juga ada kaitan dengan taubat. Tidak ada rezeki tanpa memohon keampunan, tanpa ada usaha dan solat dhuha. "Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat dhuha dua rakaat, maka diampunilah dosa-dosanya sekalipun sekecil buih di lautan" (Hadith riwayat Ibn Majah dan Tarmizi)

Lebih tegas, Allah menyatakan pemberian rezeki dan pemberian keampunan dalam surah Nuh ayat 10-12 "maka Aku katakan kepada mereka, 'Mohon ampunlah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun' pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan untuk kamu kebun-kebun dan mengadakan pula didalamnya sungai-sungai"

Implikasi positif yang kita harapkan dalam solat dhuha dalam konteks ini adalah pertama, dengan solat dhuha ini kita mampu membezakan antara pendusta dan orang yang benar. Ini kerana orang yang menjaga solatnya akan menjauhkan diri dari melakukan pembohongan. Jika kita masih tidak dapat membezakan, bererti kita sendiri masih suka berdusta. Ataupun kita masih memandang orang daripada penampilan ataupun daripada bahasanya.

Kedua, dengan solat dhuha, kita dapat menghapuskan sikap tidak konsisten. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Ketika kita membela pengkhianat dan mengatakan dia seorang yang amanah demi meraih keuntungan peribadi, kita sebenarnya telah menghancurkan kebenaran. Kita perlu berpihak kepada amanah walaupun kita akan menanggung rugi. Menjaga solat akan menghindarkan kita dari tidak konsisten berpihak pada kebenaran apatah lagi menggunakan kelebihan dan kekurangan orang lain untuk mengejar cita-cita sendiri.

Ketiga, dengan solat dhuha, kita dapat memperbaiki diri dengan memohon keampunan kepadaNya. dengan memohon ampun, selain berusaha, pintu rezeki pasti terbuka luas. Malah, bukan hanya rezeki berupa wang ringgit dan harta benda tetapi juga rezeki kedamaian, keamanan, kebahagiaan, saling mempercayai satu sama lain, kasih sayang dan perpaduan.

Menurut tafsir Ibnu Kathir berkaitan surah Nuh ayat 10-12, apabila manusia berdoa dan meminta ampun kepadaNya dan sentiasa mentaatiNya, Allah pasti menambahkan rezeki, menurunkan hujan serta berkat dari langit dan bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, melimpahkan air, memperbanyakkan harta dan anak-anak, menjadikan kebun-kebun penuh dengan pelbagai jenis buah-buahan serta mengalirkan sungai-sungai diantara kebun itu. Inilah dimensi rezeki yang pertama.

Bersambung...
[...]

Friday, 13 April 2012

Empat Jari Kepada Anda

Adalah lumrah manusia untuk melakukan kesilapan; tetapi anda telah melakukan kesilapan yang lebih besar jika anda menyalahkan orang lain.



Firman Allah yang bermaksud:

sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah (Al-Ma'arij 70: 19 - 20)

Dan siapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak berslah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang nyata (An-Nisa' 4:112)

Dan apa jua musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu) (Asy-Syu'ara' 42:30)

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nisa' 4:110)


KISAH SUAMI YANG PRIHATIN

Suatu masa dahulu, terdapat seorang lelaki yang merasakan isterinya mempunyai masalah pendengaran. Oleh kerana dia tidak mahu isterinya berkecil hati, dia telah pergi berjumpa dengan doktor mereka secara rahsia untuk mendapatkan nasihat. Doktor mereka mencadangkan agar dia melakukan teknik yang termudah dan paling berkesan untuk menguji pendengaran isterinya. Teknik tersebut boleh menguji betapa seriusnya masalah pendengaran isterinya. 

"Anda perlu berdiri sejauh 40 kaki daripadanya dan cuba berbual dengannya dengan nada dan kelantangan suara yang biasa. Jika dia tidak dengar, dekatinya pada jarak 30 kaki. Jika dia masih tidak dengar, berdiri 20 kaki daripadanya dan teruskan menghampirinya hingga dia boleh dengar apa yang anda cakapkan."

"Mudahnya," kata lelaki itu dengan gembira. Petang itu, ketika isterinya sedang memasak, dia mengagak jaraknya daripada isterinya.

40 kaki. "Ya, lebih kurang jauh itu," dia berbisik pada dirinya. "Malam ini kita makan apa, sayang?" dia bertanya dengan suara yang biasa. Isterinya tidak menjawab.

Perlahan-lahan, dia berjalan lebih hampir. 30 kaki... dia berhati-hati membuat anggaran. Kemudian, dia bertanya semula, " Malam ni kita makan apa, sayang?" dia bertanya dengan suara yang biasa. Isterinya tidak menjawab.

"Wah, teruk jugak nampaknya," dia bertanya pada dirinya sambil berjalan sehingga dia berada 20 kaki daripada siterinya. Tetapi isterinya masih tidak menjawab.

Dia terus bergerak ke arah isterinya hinggakan sudah menghampiri isterinya malah dia betul-betul berdiri disebelah isterinya, lalu bertanya,
"Sayang, kita makan apa malam ini?"
"Ya Allah, dah berapa kali saya nak jawab, saya goreng AYAM!"

P/s: siapa sangka? selama ini lelaki itu menganggap isterinya yang mempunyai masalah pendengaran. Rupa-rupanya telinga dia sendiri yang perlu diperiksa. Sebelum menunding jari ke arah orang lain, periksalah kesalahan diri sendiri dahulu. sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa apa jua musibah yang menimpa diri kita adalah dari perbuatan tangan kita sendiri. tetapi dengan rahmat dan rahimnya Allah, Dia mengampunkan dosa kita jika kita memohon keampunan dariNya (",)

Petikan buku: Hidup Bukan Rahsia Anda, Saya dan Kita 
[18 kisah penuh inspirasi berasaskan kehidupan seharian seorang muslim]
  oleh Zabrina A. Bakar
[...]

Bengkel Brooch dan sambutan hari lahir


Assalamualaikum kepada semua. Alhamdulillah pada 28 mac 2012 Nisa' PB telah mengadakan bengkel membuat brooch bunga anjuran Syakirah's Craft

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu dalam meningkatkan kreativiti sahabat-sahabat sekaligus menjana pendapatan Nisa' kawasan. Sesi pembelajaran bermula jam 9.30 malam dan berakhir jam 11.00 malam disusuli dengan Sambutan Harijadi beberapa ahli Nisa' PB yang telah menyambut harijadi pada bulan Februari dan Mac. Sanah helwah kepada mereka dan tahniah kepada peserta yang telah berjaya menyiapkan brooch bunga dalam bengkel tersebut.

 

Pelbagai gelagat menarik sahabat-sahabat dalam proses menyiapkan brooch tersebut. ada yang menjahit dengan yakin mengikut kepakaran, dan ada juga yang merungut hasil jahitan tidak menarik. yang 'pakar' membantu yang 'keliru' dan yang cepat menunggu yang lambat. adat belajar memang begitu. 

Disibukkan pula dengan kecomelan si kecil bermain ke sana ke mari yang akhirnya mengundang tangis. Walau bagaimanapun akhirnya sahabat-sahabat dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan. Ada yang brooch nya tidak dapat disiapkan, jangan bersedih. boleh cuba lagi di masa akan datang ^_^


Untuk membuat tempahan aksesori Syakira's Craft, bolehlah menyinggah di laman Syakirah's Craft atau ke laman facebook: www.facebook.com/SyakirahCraft

[...]

Tuesday, 3 April 2012

Zul Janahain (Yang memiliki dua sayap)

Jamadil awwal pun bermula. 

Setelah ma’al hijrah berlalu meninggalkan kita, disusuli maulidurrasul, masa terus berjalan membawa seribu satu peristiwa.
Kita yakin, diantara waktu-waktu ini ramai nama-nama tersohor dalam sejarah Islam pergi meninggalkan dunia. Ada yang telah berjaya menyandang gelaran syuhada’ dan ada juga yang hilang ditelan masa. Semoga kita juga berjaya untuk memilih suatu kehidupan mulia dan memegang pingat syuhada’, insya Allah.

Peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Jamadil awwal banyak sekali. Antara peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini adalah Perang Mu’tah. Perang untuk menguji iman dan taqwa, yang ibrahnya meletakkan tiga syuhada’ di maqam yang berbeza.

Selepas berlakunya Umratul Qada’, Khalid bin al-walid telah mengisytiharkan keislamannya di khalayak ramai. Sedang waktu itu, Rasulullah sangat yakin bahawa umratul Qada’ telah meninggalkan pengaruh yang cukup besar dalam hati Quraisy dan seluruh penduduk Mekah. Baginda juga yakin bahawa peristiwa-peristiwa besar akan menyusul dan mempercepatkan ‘kembalinya’ mereka ke Mekah.

Setelah kembali ke Madinah, perhatian Rasulullah tertuju ke wilayah Syam dan bahagian-bahagian utara untuk menyebarkan agama Islam. Oleh itu, baginda telah menghantar Harith bin Umair al-azdi untuk membawa surat kepada Syarahbil bin Amru Al-Ghassani, penguasa Basrah, Wilayah kekuasaan Rom. Setelah Syarahbil membaca surat tersebut, dia marah dan mengikat utusan tersebut lalu membunuhnya. Setelah berita tersebut sampai kepada Rasulullah, Baginda mengumumkan dan mengutuskan seramai 3000 orang ke Basrah.  Ini kerana tindakan Syarahbil membunuh utusan bererti mengisytiharkan peperangan dengan pihak yang menghantar utusan tersebut. Rasulullah melantik Zaid bin Harithah menjadi panglima perang.

Rasulullah berkata: 
Jika dia gugur maka penggantinya adalah Jaafar bin Abu Talib. Jika Jaafar gugur, maka penggantinya adalah adalah Abdullah bin Rawahah.

Rasulullah melepaskan mereka dan mendoakan keselamatan kepada mereka. Pasukan ini menempuh perjalanan yang jauh dan berhadapan dengan musuh yang amat kuat, iaitu lebih 100,000 orang dari pasukan Rom, ditambah lagi dengan suku-suku Arab yang bergabung dengan mereka.

Pasukan Islam menetap di Ma’an selama 2 hari, serta mempertimbangkan langkah mereka. 

Mereka berkata: Sebaiknya kita mengirim surat kepada Rasulullah dan menjelaskan kepada baginda tentang jumlah pasukan lawan. Mungkin baginda akan mengirim bantuan atau member suatu keputusan, lalu kita melaksanakannya.

Abdullah bin Rawahah memberikan semangat kepada segenap pasukan Islam. 
Dia berkata: “ wahai kaumku. Demi Allah, apa yang kalian takutkan adalah sesuatu yang kalian cari ketika kalian berangkat iaitu syahid. Kita tidak berperang dengan jumlah dan kekuatan, tetapi kita berperang dengan agama yang telah memuliakan kita. Oleh kerana itu berangkatlah. Dihadapan kalian ada dua kebaikan. Menang atau mati syahid.” 

Maka pasukan Islam pun berangkat. Ketika tiba di sempada Balqa’, mereka bertemu dengan pasukan gabungan dari Rom dan suku-suku Arab. Musuh pun semakin mendekat, maka pasukan Islam menyusur ke sebuah desa bernama Mu’tah dan disinilah peperangan ini terjadi.

Dengan memegang bendera yang diberikan oleh Rasulullah, Zaid terus maju ke tengah-tengah musuh. Ia yakin bahawa kematiannya itu takkan dapat dielakkan. Tetapi mati disini bererti syahid dijalan Allah. Selain kemenangan, hanya ada satu pilihan iaitu syahid. Zaid berperang bermati-matian. Hampir seluruh bahagian tubuhnya terdapat luka bekas tikaman tombak.

Setelah itu bendera dipegang oleh Jaafar. Dia juga berperang bermati-matian. Akhirnya pihak musuh Berjaya membunuh kudanya. Jaafar tidak menyerah, dia berperang tanpa kuda hingga tangan kanannya putus ditebas pedang. Dia pun memegang bendera dengan tangan kirinya dan tangan kirinya juga dipotong. Dia memeluk bendera tersebut dan terus mengibarkannya hingga dia gugur menjadi syahid. Ketika itu usianya 33 tahun. Di tubuhnya terdapat 90 luka bekas tikaman pedang, panah, tombak dan semuanya datang dari arah hadapan.

Setelah jaafar terbunuh, bendera dipegang oleh Abdullah bin rawahah. Dia bergerak ke hadapan dan turun daripada kudanya. Dia menimbang-nimbang untuk turun dari kudanya atau tidak. Dalam keadaan ragu, dia berkata: oh diriku, bersumpah aku. Akan turun engkau, akan turun. Atau masih terpaksa juga. Jika orang sudah berperang, dan gendering sudah berkumandang. Kenapa ku lihat kau masih membenci syurga? Setelah itu dia mengambil pedangnya lalu berperang bermati-matian hingga gugur sebagai syahid.

Pasukan Islam kemudiannya bersepakat memberikan bendera kepada Khalid bin Walid. Khalid mengambil bendera pasukan dan memberikan semangat kepada pasukannya. Khalid yang terkenal dengan kehebatannya memimpin peperanganmengatur semula barisan muslimin. Dia sengaja melengah-lengahkan perang sehingga hari senja kerana yakin pada malamnya, pasti peperangan akan berhenti menunggu hari siang kembali.

Khalid mengambil kesempatan ini untuk menyusun strategi iaitu dengan mengatur barisan tentera berkuda berselerakan memanjang. Mereka dikerah untuk maju dari belakang untuk mengaburi pandangan musuh. Seawal pagi mereka telah melancarkan strageti tersebut sehingga menimbulkan gerun dihati musuh yang menganggap bantuan telah sampai kepada kaum muslimin. Akhirnya musuh menjauh dari pasukan Islam dan Khalid mengambil kesempatan itu untuk menarik tenteranya meninggalkan medan perang kerana melihat lebih baik menghindar daripada berperang.

Ketika pasukan Islam sudah tiba di sempadan Madinah, Rasulullah dan kaum Muslimin menyambut mereka. Kaum muslimin mengambil pasir dan menaburkan kepada para pasukan sambil berkata: “Larikan diri. Kalian melarikan diri daripada peperangan di jalan Allah."

Tetapi Rasulullah memujuk dengan berkata: “Bukan melarikan diri, tetapi mundur untuk berperang kembali insya Allah”

Rasulullah pernah bersabda tentang Jaafar yang bermaksud:
“Allah menggantikan kedua tangannya dengan dua sayap sehingga dia mampu terbang di syurga ke mana sahaja dia kehendaki”
Oleh kerana itulah Jaafar mendapat gelaran “Zul Janahain” (Yang memiliki dua sayap)


[...]

Thursday, 22 March 2012

Hari ini Dalam Sejarah Palestin:22 Mac 2004


Nama Syeikh Ahmad Yassin bukanlah asing kepada umat Islam seluruh dunia, apatah lagi yang sering mengikuti perkembangan mutakhir di bumi Anbiya' (Palestin), ia satu nama besar yang digeruni oleh bangsa Yahudi yang berusaha untuk menghapuskannya walaupun dalam keadaan fizikalnya yang tidak normal seperti manusia lain.

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan pada tahun 1938 dan tinggal disana sehingga tahun 1948 kerana terpaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya, beliau amat disayang oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif dizaman sekolahnya. Pada usia muda, beliau telah ditimpa kemalangan, dimana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya. Pun begitu, keadaan itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangan didalam pelajarannya dan juga aktiviti-aktiviti islam.

Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya tidak dapat ditamatkan kerana telah dipenjara pada 1966 selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Lebih dahsyat lagi, beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikitpun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan bumi Anbiya'.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di Masjid Gaza. dalam masa yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya yang sangat memikat hati dengan mesej kembali kepada kemuliaan Islam. Beliau juga berkhidmat sebagai petugas kebajikan dan pendakwah yang gigih mendidik anak muda dengan didikan Islam.

Sekitar tahun 1969 ke tahun 1970 beliau telah menubuhkan Gerakan Ikhwanul Muslimin di Gaza dan diterima baik oleh masyarakat Gaza. Sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam gerakan ini, beliau telah menubuhkan Mujamma al-Islam iaitu pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian palestin. Pada tahun 1982, ditubuhkan pula al-Mujahidun al-Filastiniyun iaitu gerakan jihad, kesinambungan dari perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka menentang penjajah Zionis dan membebaskan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, beliau telah ditangkap dan dipenjara oleh rejim zionis atas tuduhan memiliki senjata api dan cuba untuk menggugat Zionis Israel. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985, beliau dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Pada Disember 1987, Sheikh Yassin bersama beberapa orang tokoh masyarakat telah mengasaskan pergerakan HAMAS (Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah) yang secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin yang menyeru kepada penentangan terhadap pemjajahan Yahudi di Palestin.

Beliau sendiri terpilih sebagai pemimpin tertinggi kerana terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Dalam tahun 1996, HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan buruk bagi orang Yahudi.
Kebangkitan kedua Palestin selama 4 tahun setengah telah menyaksikan beberapa orang Palestin terbunuh dan 1,000 penduduk Israel terkorban.

Pada 6 september 2003, pimpinan HAMAS pernah dikejutkan dengan serangan di bangunan mereka sedang bermesyuarat. Syeikh Ahmad Yassin terselamat namun Israel terus mengintai peluang dan mereka telah menyerang dengan menggunakan helikopter pada waktu subuh yang hening pada tanggal 22 Mac 2004. Darahnya berkubang dengan serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari atas helikopter Israel. Pembunuhan ini adalah rantaian konspirasi mereka untuk mengendurkan daya juang umat Islam di palestin.

Petikan buku:Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden.


[...]

Tuesday, 20 March 2012

Selamat Mengambil Keputusan SPM


Assalamualaikum kepada adik-adik remaja yang kami sayangi. 

Memandangkan esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami warga Nisa' Paya Besar ingin mengucapkan selamat kepada semua. Semoga keputusan yang diperolehi memuaskan hati dan bertepatan dengan usaha masing-masing. Jika telah berusaha, tapi keputusan masih tidak memuaskan, kembalikan segalanya kepada Allah. Mungkin Dia ingin menguji kesabaran adik-adik dan semoga kegagalan tidak menghalang adik-adik untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Antara persediaan-persediaan untuk mengambil keputusan SPM:
1. Solat taubat dan sunat 2 rakaat sebelum tidur dan doakan semoga hati sentiasa lapang menerima keputusan
2. Bangun pagi dengan ceria (walaupun adik-adik merasa sangat berdebar)
3. Jangan lupa sarapan pagi.
4. Pohon restu ibu dan ayah sebelum keluar ke sekolah/tempat mengambil keputusan.
5. Betulkan niat semata-mata kerana Allah. semoga urusan adik-adik berjalan lancar.
6. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan (IC), dan dokumen-dokumen penting.
7. Kalau rasa sangat berdebar, banyakkan membaca surah al-insyirah dan Al-Fatihah.
8. Jangan lupa ucapkan syukur selepas mengambil keputusan SPM. Zahirkan kesyukuran kerana ia adalah sunnah Rasulullah.

Semoga berjaya menempuh hari esok! Bittaufiq Wannajah (",)
[...]

Monday, 19 March 2012

Sekitar Kuliah Subuh dan Dhuha Ustaz Don Daniyal


Sekitar pengisian kuliah Subuh dan Dhuha Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 17 march 2012 di masjid negeri kuantan

KULIAH SUBUH.

1) Dalam satu hadith Nabi Muhammad SAW. 'Siapa selawat ke atas ku skali, Allah akan selawat kat dia 10 kali'

2) Kata ulama', kalau kita selawat ke atas Nabi, selawat yg skali itu lebih baik dari ibadah sepanjang tahun.

3) dalam satu hadith riwayat Imam Muslim (hadith sahih). Nabi berkata 'Siapa-siapa saja, yg membaca La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli sya’in Qodir selepas solat subuh sebanyak 10 kali, nescaya Allah SWT akan tulis bagi dia 10 kebaikkan, Allah padam 10 dosa-dosa kecil, Allah bg dia 10 darjat'

4) nabi kata lagi 'siapa2 yg berpegang teguh (buat sungguh2) dengan Sunnah aku, bagi dia 100 pahala orang MATI SYAHID'

5) saudara bayangkan, 2 minit boleh dpat 100 pahala mati syahid. Kalau kerja berjam2 dpat RM3200 tp dgan kerja tu adakah kita dijamin masuk syurga?

6) kalau kita niat i'tikaf dlm masjid, setiap perbuatan itu adalah ibadah.

7) Kalau kita solat, bila sujud tu kaki lipatlah maksud nye jari kaki tu kita lipat supaya jari2 kaki kita menghadap qiblat. Cmne nak suruh Allah SWT terima solat kita kalau kita solat pun tidak bersungguh2?

8) Dalam keempat2 mazhab, tader jumpa bila sujud kaki duk 'kelepiak' lagu tu. kelepiak ni maknanya tak lipas jari lah.

9) Nabi SAW ckap 'ummirtu an asjuda 'ala sab'ata 'azolin'
-Allah perintahkan aku sujud atas 7 tulang, dahi dikira 1 tulang, telapak tgan 2 tulang, lutut 2 tulang dan perut jari kaki dikira 2 tulang.

10) orang perempuan selamatlah, dia solat tutup ngan telekung, tak nampak jari kaki macam mane, tp Allah dan para malaikat tetap nmpak :)

11) kalau kita tgk kat masjid, ade ramai yg lepas bagi salam, terus check handphone. macam mana solat kita bak diterima ALLAH? padahal Nabi dah ckap, kalau kita sebut zikrullah lepas solat, byak pahala dpat.

12) Allah kata kat malaikat 'Hai Malaikat! Ambil buang sembahyang seorang ni pegi turun dan campakkan ke muka dia macam mana kau campak kain buruk'hadis sahih riwayat Imam Muslim.

13) Nabi kata lagi, bila seorang solat, maka solat dia tu akan di angkat berjumpa dgan ALLAH, nak tgk ada tak riak atau perkara2 yg tak sepatutnya ada ketika solat, kalau ada, ALLAH perintahkan malaikat buat macam buang kain buruk kerana ALLAH SWT meluat dgan solat yg mcm itu.

14) Allah suruh malaikat cmpak bukan lepas abis solat, tp tgah solat.

15) Saya nak tanya, ada tak zaman Nabi dulu para sahabat berkawad bila nak menghadap Nabi? ada tak? ada tak para sahabat berlatih masa perang? jawapannya tiada.. tp, hari ni semua tentera berlatih macam2, tp negara Islam kena belasah teruk jugak, tak selamat jugak.

16) Kalau tuisyen utk ilmu dunia byak je. Kalau tuisyen utk kelas sembahyang? kurang.. sbb tu ramai yg solat sambil lewa.. Allah~ Kalau matematik tak pandai susahnya ibu ni, tp kalau solat anak? 'eh, makcik tatau pulak' macam mane boleh tatau? sedangkan itu SOLAT.

17) Nabi naik atas langit dengan malaikat Jibril as. smpai langit ke enam, malaikat Jibril as surrender, tak boleh naik. tp Nabi Muhammad naik kat langit ke 7.

18) Nabi Musa as bercakap dgan Allah dalam dunia. tapi, Rasulullah SAW bercakap dan berhadapan dgan ALLAH SWT. Bila smpai je ke rumah ALLAH, Nabi terkedu, tatau nak ckap apa. Nabi kata 'Ya Allah, ajar aku utk kata apa, aku tatau nak puji macam mana lagi kau Ya ALLAH!'

19) Allah ajar Nabi seperti mana kita baca dalam tahiyyat akhir, tahiyyat akhir tu adalah KATA-KATA YANG ALLAH AJAR KEPADA NABI SAW!!!

20) tapi kita bila baca tahiyyat akhir? sambil lewa sahaja, Allah~~ knpe kita sanggup baca macam tu?

21) Dalam hadith sahih, sahabat tanya Rasulullah 'Ya Rasulullah, adakah kau nampak Allah?' Nabi balas 'Ya!! aku nampak Allah'

22) Allah introduce diri Dia dengan 'bismillahirRAHMANirRAHIM' sbb Allah sayangkan kita kerana itu bermaksd 'dengan nama Allah yg maha PEMURAH lagi maha MENGASIHANI'.

23) Utk kaum Lelaki, lepas solat jumaat lepas habis berdoa tu. baca surah AL-IKHLAS 3x, AL-FALAQ 3x dan An Nas 3x.

KULIAH DHUHA.

1) Nabi SAW solat dhuha ketika anak unta berteduh di tempat yang teduh iaitu dalam pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi.

2) Waktu dhuha tamat sebelum zohor, kalau nak solat pukul 12 pun boleh lagi.

3) Solat dhuha berjemaah bukannya bida'ah. tak semestinya perkara yg Nabi SAW tak buat kita takboleh buat.

4) Saidina Abu Bakar As-Siddiq mengumpul Al-Quran. tapi? Nabi SAW tak buat pun seperti yg Abu Bakar buat.

5) Siapa cakap org yg buat perkara bida'ah tu masuk neraka maka dia telah tomah Saidina Abu Bakar AS-Siddiq utk masuk neraka. Hati2 kalau nak ungkapkan sesuatu.

6) kalau semua perkara yg tak dibuat zaman Nabi adalah bida'ah, maknanya letak speaker di Masjid jugak bida'ah lah? masuk neraka lah sape letak tu ye? tidakk.. kalau tak buat macam tu, tidak ramai org dtg solat berjemaah.

7) Kalau kita tgah rakam org ceramah semata-mata nak dapat keredhaan ALLAH SWT maka perbuatan rakam itu dikira sebagai IBADAH.

8) Bila Ubai bin Ka'ab jadi imam, seluruh jin akan turun solat bersama kerana suara Ubai bin Ka'ab sgt merduu...~~

9) Abu Musa juga mempunyai suara yg sedap sehingga Nabi suka dgar beliau mengaji/baca quran. Nabi kata 'Abu Musa, aku mahu kau mengaji sekarang' Abu Musa kata 'kenapa pula ya Rasulullah? Allah wahyukan kpd kamu maka kamu lah kena baca kpd kami semua' dan Rasulullah SAW balas balik 'aku suruh kau kerana kau mempunyai suara yg sgt merdu dan aku gemar mendengarnya'.

10) Ulama' telah mengasingkan yg manakah HADITH SAHIH, HADITH HASAN, HADITH DO'IF & sebagainya. Bukannya Pak Haji yg asingkan.

11) Nabi berkata lagi 'Siapa dalam hatinya tiada ayat Al-Quran, hatinya ibarat seperti rumah yang kosong lagi usang' cuba kita fikirkan, kalau rumah kosong, makhluk apa yg duduk? sendiri fikir ye :) tak tahu, tanya :)

12) Siapa yg pakai selipar dulu? jawapannya dalam Al-Quran surah Thoha 'Tanggalkan selipar kamu wahai Musa, kerana kamu berada di tempat yg suci'.

13) Pakai selipar juga adalah sunnah tp kene niat dlm hati utk hidupkan sunnah, kalau tak tahu, tidak dapat pahala.

14) hamba ALLAH SWT yg soleh bukan sahaja manusia, tetapi haiwan pun soleh. Sebab tu tak boleh bunuh haiwan sebarangan.
[...]

Monday, 5 March 2012

Sukaneka PASTI Kawasan Paya Besar Meriah


Ahad, 4 Mac 2012

Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan  Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti yang terlibat adalah Pasti Al Aman selaku tuan rumah, Pasti Al Hidayah, Pasti An Nur dan Pasti Al Mukmin. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu lari dalam guni, bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol, lari bersama pundi kacang dan tarik bola dengan gelung rotan.


Sukaneka ini telah dikendalikan oleh 12 orang ahli Nisa' Paya Besar. Pelajar yang terlibat adalah seramai 220 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan 4, 5 dan 6 tahun manakala guru-guru yang terlibat seramai 13 orang. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi setelah pelajar-pelajar, guru dan ibubapa berkumpul di padang. Program dimulakan dengan perasmian oleh Ustaz Tarmizi Yahya selaku penaung PASTI Kawasan Paya Besar.



Selain daripada acara yang dipertandingkan untuk pelajar Pasti, ibubapa juga diberikan peluang untuk bersukan dimana dua acara dipertandingkan iaitu lari dalam guni dan mengisi air dalam botol untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah pula diberikan peluang untuk acara berebut gula-gula.


Selain acara sukan, program ini juga dapat memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat kepada pertubuhan yang terlibat terutamanya Nisa' Kawasan Paya Besar. Selain itu, untuk menekankan aspek kesihatan secara keseluruhan, pihak penganjur juga menyediakan pemeriksaan kesihatan Percuma yang dikendalikan oleh doktor pakar yang didatangkan khas untuk program ini.


Pada Jam 4 petang, acara berakhir dengan Pasti Al Hidayah menyandang gelaran juara keseluruhan dalam sukaneka kali ini.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh TYDP Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya . Diharap acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny