Friday, 5 October 2012

PMR around the corner



Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal" 
(Surah ali imran 3:160) 

Assalamualaikum adik2 dan pembaca yang dirahmati Allah. Insya Allah mengikut jadual dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan bermula pada 9 oktober 2012. 

Oleh itu, kami team Nisa' Paya Besar ingin mengucapkan Selamat menjalani Peperiksaan kepada adik2. disini ada beberapa tips untuk adik-adik cuba amalkan. 
semoga bermanfaat (",) 

-Pastikan adik2 bersedia dengan ilmu yang secukupnya untuk menjawab soalan peperiksaan- 


1. Solat hajat dan taubat sebelum tidur. seboleh-bolehnya tidur awal dan bangun awal sekitar jam 4-5 pagi untuk solat. 
2. ulang semak nota ringkas atau formula2 penting selepas solat subuh 
3. Jangan lupa sarapan, dan pastikan yang berkhasiat! mengikut kajian, sarapan pagi dapat meningkatkan produktiviti minda untuk berfikir lebih baik berbanding orang yang tidak mengambil sarapan.

4. salam ibu dan ayah sebelum ke tempat peperiksaan. minta restu mereka kerana restu ibubapa juga sumber kekuatan dan kejayaan kita. 
5. Betulkan niat kerana Allah. Semoga Allah membantu memberikan ilham untuk adik2 menjawab dengan lancar dan tenang. 
6. Jangan lupa bawa peralatan peperiksaan yang lengkap, Kad pengenalan dan Slip peperiksaan. 
7. Kalau rasa berdebar dan tidak tenang, cuba amalkan membaca surah Al-Insyirah dan Al-Fatihah. 
8. Elakkan ulangkaji/ mengadakan perbincangan panjang dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. 
9. Selawat, doa dan Bismillah sebelum menjawab peperiksaan. 
10. Bertenang dan tersusun. 

 ~InsyaAllah, semoga berjaya. Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan~


 
[...]

Tuesday, 18 September 2012

Integriti Dalam Menuntut Ilmu


"Jika kamu meniru atau berbincang dengan rakan sebelah, saya tidak perlu berkata apa-apa. Kamu sudah dewasa. Tetapi cuba fikirkan perkara ini. Kamu lulus dalam ujian Bahasa Inggeris dan kamu layak masuk ke universiti. Kemudian, dengan keputusan Bahasa Inggeris ini juga kamu mendapat pekerjaan," Seorang pensyarah bahasa Inggeris dari ireland menasihati sepasang pelajar Arab.


Hari itu ada ujian bulanan bagi subjek Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dalam kelas kecil itu diam. saya terus menjawab soalan.
"Cuba fikirkan, adakah kamu benar-benar layak, sedangkan tahap penguasaan bahasa kamu lebih rendah daripada keputusan peperiksaan?" Bryan, seorang lelaki katolik terus "berleter". Tazkirah daripada seorang bukan muslim kepada sekelompok orang Islam!

Biarpun berbeza agama, sudut pandangan Islam dan agama lain dalam aktiviti meniru ketika peperiksaan adalah sama. Meniru itu menipu.

kata-kata itu terlintas dalam fikiran saya apabila bertembung dengan isu yang sama dihadapan pelajar dewasa yang mempelajari Islam. Segelintir pelajar meniru atau menipu semata-mata untuk lulus dalam mana-mana subjek pengajian Islam. Bukan dalam ruang masa peperiksaan sahaja, fenomena ini turut berjangkit kepada penulisan akademik, biarpun tulisannya berhias dalil al-Qur'an dan sunnah. Biarpun terminologinya disebut plagiarisme, namun sifat asasnya sama iaitu menipu.

Persoalannya, mengapa penyakit ini turut berlaku dalam dunia pengajian Islam? Perkara ini memerlukan muhasabah. Biarpun isu ini tidak meruncing, namun graduan ini akan memenuhi institusi pendidikan Islam dan pentadbiran Islam.

Jika ketika masih belajar tiada pengalaman untuk berlaku jujur, nilai integriti itu tidak akan subur dalam alam pekerjaan. Seandainya tekanan peperiksaan yang ringan itu dirasakan terlalu berat sehingga terpaksa tidak jujur, apakah ada benteng lagi untuk berintegriti di alam kehidupan kerjayayang tekanannya lebih mencabar?

Artikel ini bukan untuk mengkritik sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Fokusnya terhadap kejujuran pelajar dalam pembelajaran. Ia berkaitan rapat dengan niat penuntut ilmu itu sendiri. Tiada masalah pada usaha pembelajaran yang matlamat akhirnya ialah penganugerahan sijil selagi Allah dikekalkan sebagai matlamat utama.
Kerangka ilmu dan amal Muslim tidak boleh lari daripada pesanan Rasulullah sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "sesiapa menuntut ilmu yang sepatutnya kerana Allah tetapi mempelajarinya kerana untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat. " (Riwayat Ibn Majah)

Amanah terhadap Ilmu

Disiplin dalam mempelajari agama begitu ketat. Semenjak perkembangan awal Islam, para ulama' secara tidak langsung telah merumuskan cara ilmu itu wajar dipelajari. kemudian, terbinalah adab-adab menuntut ilmu yang diperincikan oleh para ulama dalam bahagian awal sesebuah buku.

Uniknya, memandangkan sistem pembelajaran klasik Islam tidak berorientasikan peperiksaan, maka tiadalah sepatah dua nasihat ulama tentang larangan meniru dalam peperiksaan. Juga kerana tiada penulisan tesis yang perlu dihasilkan, maka tiadalah nasihat para ulama tentang larangan plagiarisme terhadap karya orang lain.

Namun, sejarah ada merakamkan tentang perkembangan penulisan ilmu hadith sebagai satu bidang yang menekankan aspek integriti. Amanah terhadap ilmu dipraktikkan oleh para sahabat, tabiin dan pengikut mereka. malahan para ulama' hadith mempunyai disiplin yang tinggi dalam memelihara kesucian hadith Nabi.

Perbincangan ilmu sanad dan al-jarh wa al-ta'dil sarat dengan penilaian kadar integriti seseorang yang melaporkan hadith. Perawi yang boleh dipercayai pula mempunyai tingkatannya. Begitu terperinci para ulama Islam menekankan aspek integriti, malahan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada agama.

Ditulis oleh: Dr Mohd Al-Adib Samuri
Ruangan Analisis, Solusi 46

[...]

Thursday, 13 September 2012

Selamat Hari Raya Dari Kami


Bismillahirrahmabirrahim. Assalamualaikum. Maaf atas kelewatan kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Harapnya, syawal yang bertamu kali ini memberi ruang dan peluang untuk kita saling bermaafan, mengikat dan mengukuhkan tali silaturrahim. harapnya, masa yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama kita umat Islam dengan amalan ziarah menziarahi jiran tetangga dan saudara mara. dan harapnya, amalan ini tidak terhenti dengan berakhirnya bulan syawal yang mulia ini. kukuhkan silaturrahim sesama kita, kerana persaudaraan adalah tuntutan Islam kepada sesiapa yang mengaku beriman.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" 
(Al-Hujurat:10)

Begitu juga, dengan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia, jangan pula amalan2 kebaikan yang telah kita lakukan menjadi berkurangan atau terhenti terus dari melakukannya. Ayuh Istiqamahkan diri menjaga amalan2 fardhu dan mengekalkan amalan2 sunat yang telah kita mulakan di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah medan tarbiyyah, moga mujahadah kita semakin kuat pasca ramadhan ini. Kekuatan mukmin dan persaudaraan sesama muslim itu melambangkan kekuatan Islam.

~Salah Mujahadah menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah~ 



Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami, 
[...]

Monday, 10 September 2012

Selamat Menduduki UPSR


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam imtihan. Selamat kembali menghadiri kuliah buat semua penuntut IPTA dan IPTS dimanapun anda berada. Selamat kembali ke sekolah buat adik-adik dan selamat menduduki peperiksaan penggal ketiga.
Di kesempatan ini, kami Nisa' Paya Besar ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan 'Ujian Penilaian Sekolah Rendah' kepada adik-adik Tahun 6. Semoga Allah mempermudahkan adik-adik dengan melapangkan hati dan menenangkan fikiran dalam menjawab peperiksaan nanti. Bittaufiq Wannajah dan semoga ilmu yang adik-adik peroleh memberi manfaat buat adik-adik bukan sahaja untuk menjawab ujian, tetapi untuk bekalan sepanjang hidup. kerana ilmu yang berkat adalah ilmu yang dapat memberi manfaat kepada diri penuntut dan orang disekelilingnya.
Wallahua'lam.
[...]

Tuesday, 14 August 2012

Ramadhan Small Kindness (Nisa' Paya Besar)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Alhamdulillah, pada tahun ini Nisa' Paya Besar telah berjaya menjalankan program Ramadhan SmallKindness 2012 yang merupakan antara aktiviti tahunan Nisa' Malaysia, dijalankan mengikut peringkat negeri dan kawasan.

Program Ramadhan Small Kindness adalah program berkala yang dijalankan oleh ahli-ahli Nisa’ Paya Besar setiap tahun untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan di dalam kawasan Paya Besar sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan yang diberikan adalah dalam berbagai bentuk seperti hamper makanan, pakaian dan kewangan.

Pada tahun ini, Nisa' Paya Besar berhasrat membantu anak-anak yatim dan miskin dengan mengajak mereka sama-sama membeli belah pakaian raya masing-masing mnegikut pilihan dan citarasa mereka. Dengan itu diharap dapat mewujudkan suasana gembira dikalangan mereka dan membantu meringankan beban mereka menjelang aidilfitri yang akan tiba.

Kita telah berjaya mengadakan program membeli belah baju raya untuk anak2 yatim & miskin seramai 60 orang untuk program Ramadhan SmallKindness 2012 (sabtu, 11/8/2012). Sumbangan yang kami terima diperuntukkan kepada mereka sebanyak RM100 seorang untuk membeli pakaian raya masing-masing. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program, termasuk pemberi sumbangan, dari segi kewangan, peralatan dan tenaga dalam menjayakan program tahunan ini. kami dahului sumbangan ikhlas semua dengan lafaz Jazakallahu khairan kathira. 

Wallahua'lam.

[...]

Wednesday, 25 July 2012

Jambatan Hati Guru dengan Murid (mendidik Pendidik)


"kita ajar anak orang seperti anak kita, nanti orang ajar anak kita seperti anak mereka." 
Terpahat segar di ingatan ungkapan seorang rakan yang merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, suatu ketika dahulu.

saya merenung wajahnya. terpancar sinar keikhlasan penuh keibuan di wajah wanita itu. Diam-diam saya cuba mencari erti pada kata-katanya. Pada masa yang sama, saya menilai dirinya. Tutur katanya sentiasa sopan. Sabar dan penyayang. Tidak hairanlah, anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

Anak-anak merupakan permata hati ibu dan bapa, sumber inspirasi, penyambung cita-cita serta pewaris zuriat dan keturunan. Juga merupakan perhiasan dunia sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t, maksudnya: 
"harta benda dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan didunia." (Surah-al-kahfi 18:46)

Realitinya, ada yang mensyukuri anugerah Ilahi ini dengan memberikan kasih sayang serta mengambil berat tentang pendidikan anak-anaknya. Di sebaliknya, ada pula ibu bapa yang tidak menghargai kehadiran anak-anak mereka. Mereka dianggap sebagai beban; menyusahkan dan menghalang kebebasan. keperluan zahir dan batin mereka diabaikan.

Mendidik Anak-anak

Walau dalam kategori mana pun anak-anak ini dilahirkan, mereka wajib diberikan pendidikan. Pada usia tujuh tahun, anak-anak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Mulai saat itu, mereka berdepan dengan guru-guru sebagai pengganti ibubapa mereka dalam sebahagian besar hidup mereka. Bagi guru, kehadiran setiap murid ke sekolah merupakan satu amanah dan mereka mempunyai tanggungjawab yang besar. Sekiranya mereka ialah anak kesayangan, mereka merupakan permata hati keluarga yang sangat bernilai. Sekiranya mereka ialah individu yang ketandusan kasih sayang, disisihkan, gersang daripada belaian mesra keluarga, ini merupakan lompang yang wajib diisi oleh guru. Mereka merupakan peluang, ujian dan cabaran. Biasanya murid-murid begini akan menimbulkan masalah lantaran inginkan perhatian atau memiliki konsep kendiri yang rendah.

Hidup ini akan lebih bermakna sekiranya kita mengetahui ada orang yang menyayangi, memberi perhatian, prihatin dan sanggup berkorban untuk kita. Itu fitrah semulajadi setiap insan ciptaan Tuhan. Tidak hairanlah, organ peranakan wanita dipanggil "rahim" yang bermaksud penyayang. Ia sebagai manifestasi permulaan kasih sayang antara si anak dengan si ibu. Alangkah bahagianya anak yang dibesarkan dengan penuh belaian kasih sayang ibu bapanya. Sebaliknya, tidak semua anak bertuah memiliki ibubapa sedemikian.

Sebagai guru, anak-anak yang diamanahkan ini jangan sekali-kali diabaikan. Tugas kita ialah mengajar dan mendidik serta menjadi mualim, muaddib dan murabbi. Tanggungjawab yang berat ini memerlukan kita untuk mengetahui ilmu dan cara untuk melaksanakannya.

Luangkan masa untuk mengenali murid-murid kita, latar belakang keluarga mereka, hobi, cita-cita dan perkara lain yang berkaitan dengan diri mereka. Saya teringat satu ungkapan:
"Use your head to control yourself, and use your heart to control others." Ya, untuk menawan hati orang lain, tawanlah hatinya dahulu!

Kasih Sayang

Kita terpilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi pendidik, maka wajib melakukan yang terbaik untuk anak didik kita. Namun, bagaimana? seperti yang dinyatakan di atas; didiklah mereka sebagaimana kita mendidik anak kita sendiri. Antaranya adalah menyuburkan hati mereka dengan kasih sayang. Bagi anak-anak murid yang sudah dilimpahi kasih sayang di rumah, mungkin cabarannya tidak begitu hebat kerana mereka biasanya sudah terdidik dengan baik, jelas matlamat hidup, beradab dan berakhlak. Tugas kita cuma memberi pengiktirafan dan meneruskan limpahan kasih sayang sebagai kesinambungan dari rumah. Ini penting agar mereka berasa bahagia ketika berada di sekolah sebagaimana bahagianya mereka semasa di rumah.

Bagi mereka yang datang dengan hati yang kosong, gersang dan ketandusan kasih sayang, lompang ini perlu dipenuhi seiring dengan usaha guru mengajar dan mendidik. Cuba selami hati, minat, kecenderungan, harapan dan impian mereka. Jadikan mereka berasa dihargai dan diperlukan. Sedarkan bahawa kehadiran mereka di dunia ini signifikan dan amat bermakna disisi Tuhan. Nasihati mereka dengan penuh kasih sayang. Ikhlas dari hati, insya Allah akan meresap kelembutan dalam hati mereka. Apabila hati sudah ditawan, maka mudahlah bagi mereka untuk menerima pelajaran, nasihat dan teguran.

Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Ia hanya akan diperoleh dengan memberi. Cuba kita ingat kembali guru yang pernah kita sayangi suatu ketika dahulu. Apakah ciri-ciri guru kita itu? Sentiasa mengambil berat, memahami perasaan dan tidak menyakiti hati anak-anak didik sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Kesemua ini merupakan manifestasi kasih sayang.

Justeru, sebagai guru yang ingin disayangi, kita perlu menyayangi terlebih dahulu. Pamerkan kasih sayang seikhlas hati kerana Allah s.w.t. Insya Allah, kasih sayang itu akan terpancar kembali kepada kita.Seterusnya, hadiahkan kebahagiaan kepada diri kita juga.

Kasih Sayang Sebagai Jambatan

Apabila Jambatan hati yang utuh telah terbina antara kita dengan anak didik, mudahlah bagi kita untuk mengajar, mendidik dengan akhlak yang luhur dan menasihati mereka apabila perlu. Lantaran kasih sayang yang subur tersemai di jiwa, mereka tidak akan sanggup untuk melukakan hati kita sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Seterusnya mereka akan menjadi penyejuk mata kita. Bayangkan betapa indahnya pergi ke sekolah dalam suasana begini! Seiring dengan itu, kita akan sentiasa meredhai mereka dan ini merupakan kunci kepada keberkatan ilmu yang mereka timba.

Kasih sayang juga berupaya membuahkan kepercayaan. kita akan mempercayai orang yang kita kasihi. Dan kepercayaan terhadap kita juga merupakan elemen penting yang perlu disematkan dalam sanubari anak didik kita. Apabila kepercayaan mereka terhadap kita terpahat kukuh dihati, mudahlah bagi kita menyelami hati mereka, mengenal pasti masalah mereka (disiplin, prestasi akademik, keluarga dan lain-lain) dan seterusnya menggunakannya sebagai asas ke arah penyelesaiannya. Apabila masalah dapat di selesaikan, mudahlah bagi kita mengajar dan mendidik mereka.

Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w juga berjaya menambat hati para sahabat dengan kasih sayang. Baginda menawan hati mereka dengan perlakuan yang lunak dan mesra, dan sentiasa prihatin terhadap keadaan mereka. Hasilnya, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi junjungan tercinta. Sorotilah sejarah gemilang Rasulullah s.a.w dari segi limpahan kasih sayang terhadap sesiapa sahaja yang berada bersama-sama Baginda. Aplikasikannya terhadap anak didik kita agar jiwa mereka dapat disuburkan.

Jadikan sekolah dan bilik darjah tempat yang membahagiakan anak-anak didik kita. Walau apapun keadaan mereka di rumah; dilimpahi kasih sayang ataupun ketandusan kasih sayang, alangkah indahnya jika sekiranya mereka ternanti-nanti untuk ke sekolah lantaran di sana ada "ibu" dan "ayah" yang sentiasa memberi perhatian, mencurahkan kasih sayang di samping ilmu yang mereka harapkan.

Hati anak-anak didik yang disirami kasih sayang dan seterusnya diiringi dengan titipan doa ikhlas daripada pendidik yang menerima mereka tanpa syarat sudah tentu akan menjadi ladang yang subur untuk ditanam dengan pohon ilmu pengetahuan, adab dan ketakwaan, insya Allah. Renungi ungkapan ini: "Kasih Sayang itu membahagiakan. dan kebahagiaan adalah dengan membahagiakan."

Sumber:
Kolum MENDIDIK PENDIDIK
Dr. Hjh. Nik Zaharah Nik Yaacob
Solusi Isu 46

[...]

Sunday, 22 July 2012

Pewaris al-Qur'an



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan kitab (al-Qur'an) yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhati. kemudian Kami wariskan kitab itu kepada orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami" (Surah Fatir 35: 31-32)

Imam Muhammad Mutawalli al-Sha'rawi menyatakan bahawa frasa "Kami wariskan" mempunyai hubungan dari segi tanggungjawab meneruskan misi risalah yang telah dipikul oleh Baginda s.a.w.

Beliau seterusnya merujuk kepada ayat 143 surah al-Baqarah, mafhumnya:
"Dan demikian (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat pilihan yang unggul, supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang perkara yang benar dan salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

Imam al-sha'rawi menyatakan:
" Kita merupakan pewaris kepada Muhammad s.a.w. Jadi sesiapa sahaja yang mengetahui sesuatu hukum, maka dia wajib menyampaikannya. Rasulullah s.a.w. menjadi saksi kepada golongan yang sampaikan (risalah tauhid) dan umat Baginda pula akan menjadi saksi atas umat manusia yang telah mereka sampaikan dakwah."

Misi Agung


Dalam ayat ini juga, Allah s.w.t menegaskan bahawa umat ini telah "dipilih" oleh Allah s.w.t untuk maksud yang sangat besar iaitu mewarisi al-Qur'an serta misi Baginda Rasulullah s.a.w. mengajak manusia kepada hidayah al-Qur'an.

Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada sekalian manusia. Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur'an dan menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah." (surah al-Baqarah 2:185)

Tentulah al-Qur'an ini bukan terbatas untuk masyarakat arab pada zaman Rasulullah s.a.w. Sejarah menyaksikan hayat Rasulullah s.a.w hanya 63 tahun. malah setelah dilantik menjadi rasul pun, tempat yang paling jauh Baginda sampai ialah Tabuk. Jika demikian, bagaimana al-Qur'an dan petunjuknya ini boleh berkembang dan sampai kepada orang india, china, eropah, afrika, melayu dan sebagainya?

Jelas disini, kita sebagai pewaris-pewaris al-Qur'an daripada Baginda Rasulullah s.a.w bertanggungjawab untuk menghayati dan mengamalkan isinya serta bangun atas usaha menyebarkan kemuliaan yang dibawa oleh al-Qur'an sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat terdahulu. 

Tauliah daripada Allah

Umat ini sebenarnya telah ditauliahkan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah atau menyeru orang lain kepada Allah s.w.t, persis tanggungjawab yang telah diberikan kepada para nabi dan rasul.
Allah s.w.t menyatakan dengan jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: "katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku dan orang yang menurutiku, (iaitu) menyeru manusia kepada Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang nyata. Maha Suci Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik)dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."(surah Yusuf 12:108)

Ini antara fadilat atau kemuliaan tertinggi umat ini apabila dianugerahkan gelaran pewaris al-Qur'an dan penerus usaha dakwah yang telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w Fadhilat ini bertambah jelas kemuliaannya apabila dihubungkan dengan para rasul bertaraf ululazmi dalam urusan melaksanakan usaha agama. Allah s.w.t menjelaskan, mafhumnya:
"Allah telah mensyariatkan kamu tentang agama, apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan apa-apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya." (Surah al-syura 42:13)

Sejauh mana kita sudah menyedari tanggungjawab ini?


Fadha'il Amal: Ust. Mohd Gunawan Che Ab. Aziz.
solusi 45

[...]

Friday, 13 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan



Salam ramadhan, khas untuk semua...
Ramadhan bulan didalamnya tersisip seribu satu kebaikan dan kemuliaan, bulan kerahmatan dan keampunan. ditutupkan pintu-pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu-pintu syurga. didalamnya menjanjikan penawar segala penyakit rohani dan jasmani.


Don't forget to greet pals Ramadhan Kareem, as our Prophet S.A.W done. saling bermaafan dan mengingatkan dalam menambah amal kebaikan ^_^



  
 
[...]

Wednesday, 27 June 2012

Dakwah al-Ma'mun agar berlemah lembut


Sedihnya jika usaha amar makruf dan nahi mungkar dicemari dengan akhlak buruk. Bukan sahaja akan menimbulkan fitnah terhadap pendakwah, bahkan kepada seruan yang dibawanya.

Dalam kitab Ihya' Ulum al-Din, terdapat kisah seorang lelaki yang pergi berjumpa al-Ma'mun untuk menyuruhnya berbuat baik dan melarangnya daripada berbuat kemungkaran. Dia berkata dengan kasar kepada al-Ma'mun: "Wahai penzalim, wahai penjahat..."

Sebaliknya, al-Ma'mun sebagai khalifah yang lembut dan bijaksana tidak terus menghukum lelaki tersebut seperti yaang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Beliau berkata: "wahai tuan, berlembutlah. sesungguhnya, Allah telah mengutus orang yang lebih baik daripadamu kepada orang yang lebih zalim daripadaku, namun Allah tetap menyuruhnya untuk bersifat lemah lembut. Allah telah mengutus nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s yang lebih baik daripadamu kepada Firaun yang lebih zalim daripadaku."

Walaupun Allah s.w.t menyifatkan Firaun sebagai seorang yang melampai batas, namun sikap lemah lembut dan kasih sayang tidak wajar diabaikan walau sebesar mana sekalipun kezaliman yang dihadapi. Selagi ada jalan untuk berlemah lembut dan berkasih sayang, selagi itulah jalan itu harus diberi keutamaan.


[...]

Friday, 15 June 2012

Sukarnya untuk bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Pada kali ini, kami ingin membincangkan dan berkongsi dengan pembaca tentang SYUKUR. salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang dituntut dalam Islam.

Dale Carnegie pernah berkata: "Jangan mengharapkan 'terima kasih' daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa"
Beliau menjelaskan sebabnya: " ini kerana umumnya manusia di dunia ini tidak pandai berterima kasih." kenyataan yang ditulis dalam bukunya, Stop Worrying and Start Living itu memang ada kebenarannya. Memang kebanyakan manusia tidak pandai mengenang budi. Untuk hidup lebih tenang, jangan mengharapkan terima kasih.
Manusia bukan sahaja tidak pandai berterima kasih kepada sesama manusia, malah tidak pandai berterima kasih kepada Allah; Tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi nikmat yang tidak terhitung. Berterima kasih kepada Allah itulah yang dinamakan bersyukur.
Dalam bahasa mudah, syukur itu ialah seperti yang diungkapkan oleh Imam al-Jurjani: "Suatu ungkapan atau penyataan kerana memperoleh nikmat, baik secara lisan, tindakan mahupun hati.

Bersyukur itu sangat sukar. Sukarnya untuk manusia bersyukur ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur."(Surah Saba' 34:13)

Sifat syukur itu wajib ada pada setiap orang Islam. Ia salah satu daripada sifat mahmudah yang wajib dipelajari, difahami dan diamalkan oleh setiap mukallaf. Manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia pun sudah dikira tidak beradab, apatah lagi jika manusia tidak bersyukur kepada Allah.
Oleh sebab itu, Allah mendidik manusia supaya bersyukur kepada Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada ibu bapaku. Jadikanlah amal perbuatanku sesuai dengan keredhaan-Mu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku ialah orang yang berserah diri." (Surah al-Ahqaf 46:15)

Pandang Kelebihan, Bukan Kekurangan

Namun setiap sesuatu yang berharga tentulah sukar untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan sifat syukur. syukur tidak boleh dipaksa. Ia perlu muncul dari dalam hati dengan kerelaan. Manusia diberi pilihan, sama ada untuk bersyukur atau sebaliknya. Jika manusia memilih untuk bersyukur, itu adalah baik untuknya. sebaliknya jika memilih untuk tidak bersyukur, akibat buruknya ditanggung sendiri. 

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (Surah al-Insan 76: 2-3).

Namun, kerana kasih sayang-Nya, Allah mengulang-ulang kalimah syukur dan kalimah-kalimah lain yang berkaitan dengannya sebanyak 60 kali dala al-Qur'an. Allah ingin mendidik manusia akan peri pentingnya sifat syukur. Maha Suci Allah yang tidak akan meletakkan sesuatu yang tidak penting dalam kitab-Nya yang agung dan mulia. Sekiranya disebut sekali sahaja, itupun sudah memadai untuk membuktikan kepentingannya, apatah lagi diulang-ulang sebanyak itu. Tegasnya, syukur itu satu sifat yang sangat penting diketahui, difahami dan diamalkan.

Apa erti syukur?  
Dari segi bahasa,  syukur maknanya pujian. Yakni pujian apabila mendapat kebaikan atau kelebihan kepada pihak yang memberi kebaikan dengan menyebut kebaikannya. Apabila manusia menghargai kelebihan yang ada pada dirinya, maka itulah modal awal untuk bersyukur. Jadi, sudah sewajarnya setiap manusia bersyukur kerana setiap manusia mempunyai kelebihan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung."

Malah ada yang merasa "kekurangan" itu juga hakikatnya satu kelebihan, sekiranya dibuat perbandingan. Orang bijaksana sering menungkapkan, "sekiranya kamu mengeluh tidak berkasut, ada orang lain yang tidak berkaki." Untuk merasai kelebihan, pandanglah orang di bawah.

 Sedarilah kita bahawa kita mempunyai kelebihan, kemudian hargai kelebihan itu. itulah langkah awal untuk bersyukur. Sebaliknya, orang yang kufur (dalam konteks ini kufur nikmat), hanya nampak kekurangan lalu mengeluh atau "menyumpah" kekurangan itu. Orang yang bersyukur akan rasa cukup dengan yang sedikit. Sebaliknya, orang yang kufur tidak akan puas dengan yang banyak.

Syukur Itu Subur

Kalimah syukur juga bererti penuh atau lebat. Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Maka begitulah orang yang bersyukur, rezekinya akan subur. kesan bersyukur, rezekinya yang sedikit akan ditambah oleh Allah menjadi banyak. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: Jika kamu bersyukur, sungguh pasti Aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu. (Surah Ibrahim 14:7)

Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan menghitung kesyukuran, bukan kesukaran. maksudnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, hendaklah berfikir secara positif dengan melihat kepada kelebihan, bukan kekurangannya.
Orang yang bersyukur akan berusaha menampakkan kesan nikmat Allah kepada dirinya. Syukur itu "menampakkan". Lawannya kufur yakni "menutupi". 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Amru Ibn Shuaib: "sesungguhnya Allah suka diperlihatkan kesan daripada nikmat-nikmatNya" 
 
Namun menampakkan kesan nikmat tidak sama dengan sifat menunjuk-nunjuk. Menampakkan kesan nikmat dibuat dengan hati yang mengingati Allah (zikrulla). Tujuan menampakkan kesan nikmat adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah yang mengurniakan nikmat itu. Sebaliknya, perbuatan menunjuk-nunjuk dibuat dengan tujuan mahu menonjolkan diri.

Orang yang mampu bersyukur hanyalah mereka yang dapat melihat kelebihan diri. namun kelebihan itu dirasakan milik Allah, bukan milik dirinya. Apabila bersyukur kita memuji Allah, bukan memuji nikmat atau memuji diri sendiri.
Wallahua'lam.
Edit & Re-post: Solusi 43
[...]

Thursday, 14 June 2012

Dimana Bahagia?

"ma, nak pulang..." ucap si anak inginkan pendapat dari ibu.
"kenapa? exam kan masih berbaki...?"
"saja nak tukar angin sekejap...rasa macam tak tenang hati duduk kat sini..."
"ikutlah..." jawab ibu sepatah.
sudah masuk hari kedua dia berada dirumah. namun hatinya masih dirasakan kosong. malahan, yang lebih menyedihkan, dia merasakan belajar di asrama lebih baik daripada pulang ke rumah. asyik membuat kerja itu dan ini sehingga tiada masa untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan. hanya dua hari, membuatkan dia termenung panjang dihujung tangga rumah.
petang itu, ibu memerhatikan tingkah anaknya yang murung sejak pulang dari asrama.
"kenapa murung je ni nak?"
dia hanya tersenyum sambil memegang tangan ibunya.
"tak ada apa ma... cuma teh rasa macam kosong. macam mengejar bayang-bayang pula. kesana tak senang, kesini pun gelisah. duduk di asrama pun tak seronok.balik rumah risaukan kerja sekolah..." ujar teh mengeluh.
"dimana bahagia ye ma?" tanya teh jujur, seperti orang kebingungan.

kadang-kadang bahagia tu tak perlu dikejar. kadang-kadang orang yang tak mencari boleh mendapat bahagia berbanding yang mencari-cari. Yang mencari, terus mencari hingga lelah mengejar bahagia. sedangkan apa yang telah dikecap untuk mendapat bahagia itu akhirnya menjadi sampah-sampah disepanjang jalan yang ingin dituju. betulkah bahagia itu ada disini? ada dekat dengan kita. tapi, makin dikejar semakin ia menjauh?

entahlah. saya pun kurang arif tentang itu. kebetulan ketika berlangsungnya pesta buku yang lepas, saya sempat membelek-belek pelbagai jenis buku motivasi, sejarah dan pendidikan di booth2 disana. banyak juga buku motivasi yang ada, sangat membantu dalam membina sakhsiah dan keyakinan diri. antaranya, buku keluaran ustaz hasrizal, ustaz amin dan tak ketinggalan buku motivasi oleh penulis terkenal, stephen covey.


Saya sempat membeli buku 'bahagiakan hatimu' oleh ibnu qayyim al-jauziyah, diterjemah oleh muhd nasruddin dasuki. ibnu qayyim ni adalah ulama' tersohor dalam bidang aqidah, feqah, dan akhlak pada abad ke-13. beliau mendapat gelaran al-Qayyim kerana bapanya adalah penjaga.

Dalam buku ini banyak menyebut tentang kebahagiaan. Kebahagiaan bermula dari hati, kerana ia adalah raja yang akan mengawal anggota tubuh. hati yang bersih mendorong kepada perbuatan-perbuatan yang baik dan memberi keamanan dan ketenangan kepada empunya hati. tetapi hati yang kotor akan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat seterusnya akan menyebabkan kecelaan dan kegelisahan. bermula dari tabiat2 yang tidak digalakkan yang akan menyebabkan hati menjadi suram tanpa sebab.

Menurut ibnu qayyim, 7 perkara yang akan merosakkan hati iaitu:

1. Pergaulan yang tidak berfaedah

Pergaulan yang tidak berfaedah ialah banyak bergaul dengan orang yang hatinya kotor. Ini akan menyebabkan hati kita terpengaruh dengan sikap dan perangai mereka sekaligus menyebabkan hati kita turut sama menjadi kotor. apatah lagi apabila kita turut sama melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan hati kita rosak. Contoh yang paling mudah, hiburan dan cerita-cerita yang banya ditayangkan di media massa sekarang. rancangan realiti yang semakin berleluasa, kesukaan kita pada lagu-lagu atau artis-artis, juga sebenarnya mendorong kepada pengaruh tingkahlaku kepada kita. akibatnya, kita akan selalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai hamba yang patuh kepada suruhan Allah. akibatnya, hati menjadi lemah tidak bersemangat, sentiasa gelisah dan dibebani dengan pelbagai masalah.

"Dan ingatlah ketika orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku dahulu mengikut jalan kebenaran bersama-sama rasul. Malang bagiku kerana aku mengambil dia menjadi sahabat akrab. sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada al-Qur'an ketika al-Qur'an itu sampai kepadaku"
(Al-Furqan:27-29)

itulah yang sebenarnya terjadi kepada mereka yang bergaul dengan orang yang rosak hatinya. mereka berbelah bahagi dalam membahagikan kasih sayang antara agama dengan kepentingan orang yang akrab dengannya. apabila mereka tidak memperoleh apa yang dihajati, mereka menyesal dan berasa sedih serta sakit hati. selalu kan terjadi kepada kita? akhirnya, daripada sayangkan kawan, bertukar menjadi benci dan menghina sesama sendiri.

bersabar atas perbuatan buruk rakan kepada kita akan membawa kepada kebaikan. apabila kita dipaksa mengikut gaya hidup mereka terutama perkara-perkara yang berlebih-lebihan, kita hendaklah berusaha dengan berhemah dan bersopan santun untuk menyedarkan mereka supaya patuh dan taat kepada Allah. sekiranya hati tergerak melakukan perkara yang ditegah, sebaik-baiknya tabahkan hati dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan godaan syaitan.

2. sentiasa berangan-angan

Berangan memang sesuatu yang sangat disukai oleh manusia. kalau tak percaya, tanya pada diri sendiri, angan-angan pasti suatu perkara yang menyeronokkan. ia boleh menjadi perancangan, tetapi angan-angan yang tidak menjadi kenyataan adalah perkara yang sia-sia. Ada ungkapan menyatakan angan-angan adalah modal kekayaan bagi orang yang bankrap. impian tersebut adalah janji-janji syaitan atau khayalan yang tak mungkin wujud dan satu pembohongan. sikap ini akan terus menjadi igauan ibarat kisah anjing dengan bayang-bayang. mereka yang bersikap sebegini mempunyai jiwa yang lemah, rendah diri, berasa terhina, dan tidak mempunyai semangat berjuang untuk mencapai cita-cita. ini kerana fikiran sentiasa diisi dengan khayalan yang tidak berfaedah dan munasabah.
angan-angan yang bersifat kebendaan adalah sia-sia, tetapi bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan bersemangat juang teguh, angan-angan adalah ilmu dan iman bagi mereka. begitu juga perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, angan-angan adalah ibarat iman, cahaya dan hikmah kepada mereka. Rasulullah sentiasa memberi galakan kepada sesiapa yang mempunyai angan-angan yang bermanfaat kerana dalam keadaan tertentu, ia dapat memberikan pahala sebagaimana dia melakukannya.

3. tidak berharap pada Allah

Tidak berharap kepada Allah pula penyebab utama hati menjadi rosak dan mati. Sepertimana kita mengetahui, beriman bahawa Allah yang menciptakan kita, manusia dan alam sekitar, dunia dan seisinya, begitulah Allah memiliki segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia. jika kita tidak mengharap kepada Allah, seolah-olah kita tidak yakin dengan Allah. perbuatan ini sangan merbahaya dan punca utama rosaknya kebahagiaan.

"Mereka menyembah selain daripada Allah dengan harapan mendapat pertolongan. benda-benda yang mereka sembah itu tidak mungkin dapat menolong mereka, sedangkan benda-benda itu menjadi tentera yang akan dibawa pada hari akhirat untuk menerima balasan"
(Yaasin:74-75)

Dalam point ini, saya juga suka untuk menekankan konsep tawakkal kepada Allah. kita sering mendengar konsep D.U.I.T> Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal. sebenarnya konsep ini perlu dilakukan sekaligus. konsep bertawakkal selepas berusaha adalah tidak tepat. ia seperti kita berharap pada usaha kita, kemudian baru kepada Allah. Usaha yang kita lakukan, didalamnya perlulah diselitkan dengan tawakkal. tawakkal adalah bergantung pengharapan kita seluruhnya kepada Allah, bukan berserah. berserah adalah seperti kita tidak lagi dapat mengharapkan usaha kita itu memberikan hasil yang baik, kemudian kita menyerahkan ia kepada Allah. Tawakkal adalah kita berharap kepada Allah pada permulaan, dipertengahan dan selepas kita berusaha. dengan itu, barulah dikatakan pergantungan kita hanya kepada Allah, bukan kepada usaha kita.



4. terlalu banyak tidur sehingga badan menjadi lemah

Amalan tidur selepas waktu subuh adalah tidak digalakkan kerana dalam satu hadith menyatakan tidur selepas sembahyang subuh boleh menyebabkan kepapaan, samada papa dari segi harta ataupun kebahagiaan jiwa. menurut ahli agama, tidur antara waktu sembahyang subuh hingga terbit matahari tidak digalakkan kerana pada waktu ini adalah waktu yang terdapat banyak keutamaan untuk memulakan sesuatu kerja. sebaik-baiknya waktu ini digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
terlalu banyak tidur pula akan menyebabkan jiwa menjadi mati dan hilang keperibadian. otak menjadi beku dan sukar memahami ilmu yang dipelajari disamping hilang semangat untuk bekerja. banyak tidur menyebabkan kita mendapat berbagai penyakit yang dapat merosakkan hati dan badan.

5. memandang secara berlebihan

Tentang pandangan yang berlebihan yang akan menggugat bahagia pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Pandangan adalah sebahagian anak panah iblis yang beracun, sesiapa menahan pandangannya, Allah memberikan rasa manis yang ia temukan di hatinya sampai ia berjumpa dengannya."

Ibnu qayyim menghuraikan tentang hadith ini, apa yang dilihat oleh seseorang ibarat panah beracun daripada iblis. sesiapa yang mampu menghalang pandangan daripada melihat perkara-perkara yang buruk, mereka akan terhidar dari kebinasaan. tetapi jika dia tidak mampu, maka sudah tentu terjadi fitnah menfitnah hanya kerana pandangan yang dihasut oleh syaitan.


6. terlalu banyak makan sehingga kenyang

Terlalu banyak makan sehingga kenyang terbahagi kepada 2 golongan:
1. rosak kerana perbuatan sendiri iaitu sama ada hatinya menjadi rosak kerana makan makanan yang diharamkan seperti darah, bangkai, daging babi dan binatang-binatang yang diharamkan; ataupun mereka makan makanan yang diharamkan iaitu hasil mencuri, merompak, barang hasi rampasan dan barang yang diambil dari tuannya tanpa kerelaan.
2. rosak hatinya kerana berlebihan ketika makan. golongan ini makan sehingga berlebihan dan kekenyangan. Perut yang kenyang akan menyebabkan kita sukar bergerak dan malas, apatah lagi dalam hal ibadah. boleh juga dikatakan mereka sebagai golongan yang mencari rezeki sehingga lupa kepada perintah Allah. akhirnya kedua-dua golongan ini dilanda penyakit hati sekaligus menyebabkan hilang kebahagiaan


7. kata-kata yang keterlaluan

Kata-kata yang keterlaluan boleh membawa kepada salahguna dan persengketaan. oleh itu berkatalah perkara yang berfaedah sahaja. jika tidak berfaedah, sebaiknya jangan diucapkan kerana bimbang akan menyinggung perasaan orang lain. mengikut sejarah, banyak peperangan berpunca daripada kata-kata yang keterlaluan.

Rasulullah berkata kepada muaz:
"Banyak orang yang diseksa di neraka disebabkan kerana perbuatan lisannya"
(Tirmizi dan ibnu majah)
Hadith ini terang-terang menjelaskan bencana lidah sehingga membawa kepada siksaan api neraka. tidak hairanlah kita sangat disarankan untuk menjaga lidah, selain pandangan, jika ingin menjaga hati.
saya teringat tentang salah satu lagu kumpulan inteam 'bicara kata' -terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata hilang percaya-

[...]

Wednesday, 23 May 2012

KEM MOTIVASI 3S! Jom Cuti Sekolah Ini


Assalamualaikum. Nisa' Paya Besar ingin membuat hebahan berkaitan aktiviti yang bakal dianjurkan sempena cuti sekolah ini. Butiran adalah seperti berikut:


KEM CUTI SEKOLAH - 3S - SOLAT, SOLEH , SUCCESS
oleh motivater Ust Akhwan Affandi
Tarikh: 03 Jun 2012 (AHAD)
Tempat: Masjid Cenderawasih, Kuantan


PESERTA : 9 THN—18 THN   (RM 25/org)




Untuk sebarang pendaftaran dan pertanyaan SILA HUBUNGI :
SOFYA 019.5290147 | FADHLINA 014.8004742 | SYARFI 019.3894833

[...]

Wednesday, 16 May 2012

Perang Papan Putih dengan Papan Hitam Mencabar



Belajar membuat baik, dan mendapatkan keyakinan orang sekeliling kita bahawa kita baik memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun.

Belajar membuat jahat, hanya perlu seminit. Persepsi akan kekal sampai bila-bila.

Untuk membina satu bangunan yang tinggi - masa 3-5 tahun diperlukan.

Namun untuk merobohkannya, tak perlu lama, sehari sudah mencukupi.

Nama baik seseorang, parti, organisasi, syarikat dibina dengan beramal, konsisten tingkah laku dan pertuturan untuk jangka masa yang lama.

Namun, untuk merosakkan nama baik ini, hanya perlukan satu kesilapan - segalanya akan tercalar. Dan apa yang tercalar, memerlukan masa yang lama untuk diperbaiki.

Dari segi politik, itulah cabaran utama apabila menghadapi sebuah parti yang terkenal dengan jahatnya.

Kita di posisi yang persepsi yang baik - kena cermat segalanya - kerana setiap kesilapan dan kekurangan akan diserang habis-habisan bahawa kita ini tidak sempurna - walhal tiada benda yang sempurna di dunia ini, walaupun baik kita berlambak namun ramai yang terlupa hal ini dan hanya fokus pada kesilapan kita.

Di posisi jahat pula, orang melihat kemungkaran itu sesuatu yang lazim, setiap kebaikan yang kecil pula dihebahkan habis-habisan bahawa orang yang jahat ini juga ada sifat yang baik - walhal perkara jahat mereka berjela, namun ramai yang terlupa hal ini dan fokus pada sedikit kebaikan mereka.

Perang papan putih berbintik hitam dengan papan hitam berbintik putih sememangnya mencabar. Dalam perjuangan Islam yang putih suci, inilah yang perlu diharungi menghadapi pihak papan hitam yang berbintik putih.

Quran 2:249
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Bersabarlah dalam mehnah perjuangan. Allah akan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Senyum.

sumber: HarakahDaily 15 Mei 2012
[...]

Friday, 4 May 2012

Nabi Muhammad S.A.W seorang yang berani


Keberanian jiwa adalah pokok pangkal dari segala sifat yang mulia dan terpuji. Oeh kerana itu para rasul dan nabi sebagai hamba-hamba pilihan Allah dengan sendirinya dianugerahkan oleh Allah jiwa yang berani, disamping budi pekerti luhur, kerana tugas berat yang dipikulnya sebagai penegak ajaran Allah kepada manusia, dan dalam rangka menyampaikan dakwah kepada mereka, memerlukan ketabahan dan jiwa yang berani melebihi manusia biasa.

Ketabahan, ketangkasan dan keberanian Nabi Muhammad S.A.W perlu lebih mantap kerana kerenah manusia yang dihadapinya lebih rumit, lebih mencabar dan lebih kuat dan licik daripada umat sbelumnya. Hal itu Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Lantaran kekuatan jiwa itu, Beliau S.A.W tidak pernah mundur setapak pun sehingga perjuangannya mencapai kejayaan.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa para sahabat berkata:
Kami bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W ketika perang Zaatirriqaa', kami sedang berehat dibawah sebatang pohon yang rendang, kami meninggalkan Beliau seorang diri, tidak lama kemudian datang seorang musuh, dan dengan cepat menyambar pedang Nabi S.A.W yang digantung di dahan pokok itu, dengan pedang terhunus dan sikap mengancam, musuh itu berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W: Siapakah yang dapat membela engkau sekarang wahai Muhammad? Dengan tenang dan tegas baginda S.A.W menjawab: Allah!
mendengar kalimah 'Allah' , tiba-tiba badan musuh itu menggeletar ketakutan, Nabi S.A.W dengan tangkas merampas pedangnya. kemudian berkata kepada musuh itu: sekarang siapakah pula yang dapat membela kamu?

Sayidin Ali bi Abi Talib, terkenal sebagai seorang pahlawan agung mengakui akan kehebatan dan keberanian Nabi Muhammad S.A.W itu, katanya:
Ketika peperangan sudah berkecamuk dengan dahsyatnya dan semua mata-mata para sahabat telah kelihatan merah lantaran telah memerah tenaga yang begitu hebat dalam peperangan, kami semua berlindung dibelakang Rasulullah s.a.w, dan di saat-saat yang demikian genting itu kelihatan Baginda lah yang paling terdekat dengan pasukan musuh (ertinya paling terkehadapan dan paling berani).  
(H.R al-Nasaie, Ahmad dan al-Tabrani)

Demikian keberanian Nabi S.A.W berhadapan dengan musuh yang bersenjata dengan tangan kosong, tanpa menyerah diri, tetapi terus bertindak menyerang.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi, bahawa Anas r.a berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W itu sebaik-baik manusia dan sangat bermurah hati serta paling berani. Pada suatu malam, penduduk Madinah dilanda rasa ketakutan, kerana terdengar suara yang menakutkan di  segenap penjuru kota itu. Setelah orang ramai keluar rumah menuju ke arah suara dahsyat yang sangat mengejutkan itu, tiba-tiba mereka dapati Rasulullah s.a.w sudah lebih dahulu keluar seorang diri sambil menunggang kuda kepunyaan Abu Talhah bersama sebilah pedangnya yang di sandangkan di lehernya, lalu Beliau berkata kepada orang ramai: 'Jangan kamu takut, tiada sesuatu yang mesti ditakuti', demikian Beliau menenangkan mereka, dan menyuruh mereka pulang. 
Keberanian para nabi dan rasul sebagai utusan banyak diceritakan dalam al-Qur'an sebagai contoh, dalam surah Hud ayat 53-55, mengisahkan keberanian Nabi Hud a.s, surah al-Syu'ara' ayat 61-62, mengisahkan tentang keberanian Nabi Musa a.s dan banyak lagi kisah-kisah keberanian para nabi dahulu yang boleh diketahui dalam al-Qur'an yang telah dikumpulkan dalam kitab Qisasul Anbia. 

Kalau para rasul dan nabi, seperti yang dicontohkan itu, merupakan manusia pilihan Allah dan paling berani, tentu sekali keberanian Nabi Muhammad s.a.w melebihi mengatasi mereka, kerana Baginda s.a.w diutus Allah kepada segenap umat manusia sejagat, sedangkan para nabi dan rasul sebelumnya hanya diutus untuk kaumnya sahaja.

Rujukan: Teladan Sepanjang Zaman PERIBADI NABI ANUGERAH SUCI
Penulis: sheikh Abu Muhammad Tolha al-Khairi

[...]

Pertandingan Bola Tampar

Assalamulaikum. makluman Pertandingan Bola Tampar Remaja Perempuan.

satu pertandingan Bola Tampar Remaja Perempuan akan di adakan pada minggu hadapan 13 Mei 2012(Ahad) jam 7:30 pagi - 5 petang di UMP Gambang.

Setiap kumpulan 7 orang. Kategori umur 12 - 30 tahun ke atas. Yuran RM10 seorang. Makan pagi/tengahari/ dan bas disediakan.Hadiah Trofi/medal/sijil/hamper.Hubungi careline :013 925 7318 / 014 531 0150 / 012 474 7070. Office:609-5580170.

sesiapa berminat untuk join group nisa' paya besar bolehlah mmberikan nama kepada ketua unit Kesenian dan Sukan Pn. hayati (013-9700119)

[...]

Tuesday, 1 May 2012

Demi Kemanisan Sebuah Mujahadah

Firman Allah yang bermaksud: "orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan Allah) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Alah bersama-sama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al-'Ankabut 29:69)

Abu Sa'id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah S.A.W Pernah ditanya tentang jihad yang paling utama. Lantas Bginda menjawab, yang bermaksud: "kalimat yang adil yang disampaikan kepada pemerintah yang kejam"
Abu Sa'id terus mengalirkan airmatanya pada ketika itu juga.
oleh kerana mujahadah tidak akan dapat direalisasikan hanaya menerusi kekuatan jasmani, maka semestinya hati para hamba itu sentiasa dihubungkan dengan Penciptanya agar sentiasa hidup dalam naungan hidayah serta inayatNya.

Definisi mujahadah
Mujahadah merupakan syarat utama dalam sebuah perjalanan hamba untuk mencapai makrifat kepada-Nya. keutamaan sifat ini banyak dinyatakan dalam Al-Qur'an dan hadith. Ia turut dibahaskan dengan mendalam oleh para ulama' tasawuf dengan menyatakan betapa sifat mujahadah ini wajib dimiliki oleh setiap insan.
Ibrahim bin Al-Adham berkata: seseorang hamba tidak akan mencapai darjat orang yang soleh sehingga dia mampu mengatasi enam rintangan:
1. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesulitan
2. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan
3. Menutup pintu istirehat dan membuka pintu mujahadah
4. Menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga
5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran
6. Menutup pintu angan-angan dan membuka pintu ke arah persiapan kematian.

Sheikh Abu 'Amru bin Najid berkata "Sesiapa yang nafsunya memuliakan dirinya (kerana tiada mujahadah padanya), maka agama dan reputasinya akan menghinanya."

Para Ulama tasawuf berkata: "Mujahadah terhadap nafsu ialah jihad akbar atau jihad yang paling utama dan terbesar kerana musuhnya tidak kelihatan."

Bagaimana Membina Mujahadah?

Perhatikan kata-kata ulama berikut terhadap pembinaan mujahadah dalam jiwa para hamba Allah:

1. Sheikh Hasan al-Qazzaz
Mujahadah akan dapat dibina melalui tiga keadaan iaitu tidak makan kecuali apabila benar-benar perlu, tidak tidur kecuali apabila benar-benar perlu dan tidak berbicara kecuali apabila benar-benar perlu.

2. Sheikh Nashr Abadzi
Penjaramu adalah nafsumu. Jika kamu keluar daripadanya dengan kesungguhan mujahadah, kamu pasti akan tinggal di tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kekal didalamnya 
3. Sheikh Abu Ali al-Daqqaq
Sesiapa yang menghiasi zahirnya dengan mujahadah, maka Allah memperbaiki batinnya dengan musyahadah (penyaksian). Ketahuilah, seseorang yang pada awal perjalanan hidupnya tidak pernah mengalami mujahadah, maka dia tidak akan memperoleh lilin yang dapat menerangi jalannya.

4. Zu al-Nun al-Misri
Allah tidak akan memuliakan seorang hamba dengan kemuliaan yang lebih mulia selain MENUNJUKKAN kepadanya kehinaan nafsunya, dan tidak akan menghinakan hamba-Nya dengan kehinaan yang lebih hina selain MENUTUPI kehinaan nafsunya daripada pandangannya. 

Setelah kita memahami kepentingan mujahadah dalam membina ketaqwaan kepada makrifat kepadaNya, seharusnya kita berusaha untuk membina kekuatan mujahadah ini menerusi kaedah-kaedah yang telah dinyatakan oleh ulama menerusi pengalaman mujahadah mereka yang telah merasai kemanisan hasil mujahadah itu sndiri.

Kita berdoa agar kita semua dikurniakan hidayah dan sentiasa dipimpin Allah ke jalanNya yang benar dalam mencapai makrifat kepadaNya. binalah mujahadah dalam diri, dan bermujahadahlah dengan yakin akan janjiNya, insyaAllah akan terbit kemanisan daripada mujahadah itu. 

-Tulisan Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid; mutiara tasawuf-

[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny