Wednesday 27 July 2011

ISTIMEWA HANYA DI RAMADAHAN !!!

 
Ya Allah ya Tuhan kami.. Hidupknlah kami dgn IMAN.. Matiknlah kami dgn IMAN.. Kumpulkanlah kami dgn IMAN.. Dan masukkanlah kami ke dalam JannahMu dgn IMAN..    Amin amin ya Robbal'alamin..
[...]

RAMADHAN.. BERSEDIAKAH ANDA ?!


Nama saya SYA'BAN.. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, REZEKI dan 2 orang anaknya, SAHUR dan IFTHAR.. Mereka ditemani 3 cucunya, RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH.. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat EIDUL FITRI airlines.. Hargai mereka & anda akan mendapat berkat.. 
Sabda Rasulullah SAW:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperoleh apa-apa melainkan berjaga sahaja.  (Riwayat Imam Ahmad)

Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. 


Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan. Jadi, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi ramadhan pada tahun ini? apakah yang patut kita sediakan untuk hadapinya? 

Persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan kita bahagikan kepada 6 bahagian seperti yang tertera pada jadual di bawah ini dan setiap persediaan pula diselitkan dengan cara bagaimana kita nak melakukan persediaan tersebut, JOM KITA LIHAT!
 
Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).   
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang.
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.  
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.  
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Akhir kalam, sesungguhnya bulan ramadhan itu adalah bulan peperiksaan. Bagi orang yang menghayatinya dia akan cemas dan bimbang untuk menghadapinya lalu membuat persiapan. Tetapi kalau atas dasar ilmu sahaja tanpa penghayatan, kita tidak akan faham apa ertinya kedatangan Ramadhan.
[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny