Saturday 27 October 2012

Wonderful World of English 23 - 25 November 2012


-

Assalamualaikum wth
Bulan November kembali lagi, maka cuti sekolah kembali lagi..
Sekali lagi Nisa Paya Besar kembali dengan aktiviti menarik untuk anak anak sempena cuti sekolah ini..

Kem cuti sekolah yang diberi nama Wonderful World of English ini berobjektifkan penekanan kepada penguasaan bahasa Inggeris, juga untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar-pelajar. Kem akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Peserta yang disasarkan adalah dari darjah 4 (10 tahun) sehingga tingkatan 4 (16 tahun). Kami percaya subjek bahasa Inggeris merupakan 'general skill' yang pelu dipelajari secara taktikal, dengan tidak mengira peringkat umur. Maka kami menjemput coach hebat yang dikenali oleh serata pelosok tanah air, Coach Rasheedah Zakariya atau lebih dikenali dengan Coach Sha. Beliau dan suaminya, Coach Ridzuan A. Ghani merupakan penulis buku '21 Rahsia Fasih Bahasa Inggeris'.

Mereka aktif dalam berkongsi ilmu dan kemahiran berbahasa Inggeris dan motivasi di Family F.I.R.E. Training & Tools juga di sekolah dan institut yang menjemput mereka. Mereka merupakan perunding utama di Coaching Zone Sdn Bhd. dan terkenal dengan Program FBI (Fasih Bahasa Inggeris) mereka. Coach Sha dan Coach Ridz juga adalah Exco Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Ahli Profesional Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).



Selain itu, kita juga ada perunding motivasi berpengalaman iaitu Sir Taqi. Nama penuh Sir Taqi ialah Muhammad Taqiuddin Mohamad Tabarani, seorang Kordinator program di AMPAC Shah Alam. Beliau biasa mengendalikan program yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan remaja dan kanak-kanak. Beliau bersama AMPAC meletakkan fokus utamanya dalam menjana 9 kepintaran insan dengan menggunakan modul-modul latihannya yang praktikal dan komprehensif.


Kita juga menekankan kepentingan motivasi yang tinggi, keyakinan diri, nilai nilai islam dan kekuatan ibadah sewaktu merancang aktiviti kem ini. Kita menyediakan aktiviti menarik seperti Kuliah maghrib dalam bahasa Inggeris, pembelajaran melalui permainan dalam bahasa Inggeris, 'explorace' dalam bahasa Inggeris, sesi men'tadabbur' alam sekeliling, aktiviti lasak dan khemah ibadah.

Mari sama sama membentuk diri  menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi. Di samping berusaha untuk menguasai kemahiran berbahasa Inggeris, mari sama sama mempelajari bahasa baru (Korea dan Jepun) sebagai bonus menyertai kem ini.

Sila hubungi AJK pendaftaran seperti yang tertera di poster atas. 
Jumpa anda di sana!!!
________________________________________________
[Peralatan penting yang perlu dibawa oleh peserta]
[Sport attire, including shoes]
[Arm socks and socks - for girls]
[Writing utensils]
[Sandal/ Slippers]
[Kain batik/kain pelekat]
[Praying attire]
[Suitable attire for workshop]
[Toiletries]


TENTATIF

JUMAAT
2.00 pm – Pendaftaran dan Briefing
2.30 pm - Perasmian dan slot bersama ibubapa
3.30 am - Modul FBI (Fasih Bahasa Inggeris)
4.30 pm - Solat Asar
5.00 pm - Modul FBI
6.30 pm - Makan malam dan hemah diri
7.15 pm - Solat Maghrib dan kuliah maghrib in English
8.15 pm - Solat Isyak
8.45 pm - Modul FBI
10.45 pm - Minum malam dan tidur

SABTU
5.30 am - Persiapan dan qiam
6.00 am - Solat subuh di pantai
6.30 am - Sesi tadabbur alam, melihat matahari terbit
7.00 am - Riadah Pagi
8.00 am - Sarapan pagi dan dhuha
8.30 am – Modul FBI
12.30 pm - Makan tengah hari
1.15 pm - Solat zohor
2.00 pm - Explorace
4.30 pm - Solat asar dan minum petang
5.00 pm – Riadah: Motivational Game (PantaiSepat)
6.30 pm - Makan malam dan hemah diri
7.20 pm - Solat maghrib
7.30 pm - Kuliah maghrib
8.30 pm - Solat isya'
8.45 pm – Modul : burung hantu
10.15 pm - Muhasabah
12.00 pm - Tidur

AHAD
5.30 am - Persiapan dan qiam
6.00 am - Solat subuh
6.15 am – Aktiviti Subuh: Motivasi
7.30 am - Sarapan pagi
8.00 am – Slot motivasi dan yakin diri
10.00 am - Minum pagi
10.30 am – Modul: complimentary class (korean / japanese language)
12.30 pm –Makan tengah hari dan Solat Zohor
1.30 pm – Resolusi dan majlis penutup
3.00 pm - Bersurai



  

[...]

Saturday 20 October 2012

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh

Yang dimaksudkan dengan cahaya itu bukanlah berbentuk tenaga seperti yang kita fahami mengikut ilmu sains, tetapi cahaya itu bermaksud hidayah, taufik serta pimpinan daripada Allah. Apabila seseorang mendapat cahaya pada hati dan seluruh pancainderanya, hidupnya akan sentiasa terpimpin ke arah kebaikan dan terhindar daripada kejahatan.

Cahaya itu sangat kita perlukan pada hari akhirat kelak, yakni ketika seluruh dan sepenuhnya bergelap apabila matahari, bulan, planet dan seluruh cakerawala digulung. Dalam keadaan yang maha gawat itu, orang mukmin akan dibantu oleh cahaya daripada Allah untuk melepasi segala halangan dan akhirnya akan masuk ke dalam syurga. Sebaliknya orang yang derhaka akan menghadapi banyak halangan dan akhirnya terjerumus ke dalam neraka.

Cahaya itu juga sangat kita perlukan ketika hidup di dunia ini terutamanya pada zaman fitnah yang menyerupai kegelapan malam. inilah zaman yang menyaksikan orang yang khianat dan pelaku maksiat menjadi dominan di tengah-tengah masyarakat.

Abu Hurairah r.a berkata: "aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): 'umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu'
sahabat bertanya: apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?
Nabi s.a.w menjawab: "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga terjadi zalim-menzalimi."
(Riwayat al-Hakim)

Soalnya, dimana dan bagaimana untuk mendapat cahaya itu? Rasulullah s.a.w telah menjawab persoalan ini menerusi sabdanya: "berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid untuk mengerjakan solat subuh dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat." (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)
Individu yang konsisten mengerjakan solat Subuh berjemaah dijanjikan akan mendapat cahaya di akhirat. Namun sebelum itu mereka akan mendapat cahaya di dunia lagi. Mata hati mereka akan celik ketika majoriti manusia buta untuk melihat kebenaran. Mereka berani melawan arus walaupun bilangan mereka sedikit kerana yakin akan firman Allah ini: " Dan jika kamu mentaati kebanyakan manusia di bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Surah al-An'am 6:116)
Dengan cahaya daripada Allah itu, golongan minoriti yang istiqamah solat subuh berjemaah ini akan mendapat kekuatan menghadapi fitnah akhir zaman. semua itu akan melemaskan jiwa, fikiran dan emosi ke lembah tekanan, kebosanan dan kekosongan.
Ayuh bangun! Marilah solat Subuh berjemaah. الصلاة خير من النوم (Solat itu lebih baik daripada tidur).Itulah kalimah yang hanya ada pada azan solat subuh, tidak pada azan solat-solat yang lain.

Penulis: Ust Pahrol Mohd Juoi
Solusi 36.
 
[...]

Friday 5 October 2012

PMR around the corner



Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal" 
(Surah ali imran 3:160) 

Assalamualaikum adik2 dan pembaca yang dirahmati Allah. Insya Allah mengikut jadual dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan bermula pada 9 oktober 2012. 

Oleh itu, kami team Nisa' Paya Besar ingin mengucapkan Selamat menjalani Peperiksaan kepada adik2. disini ada beberapa tips untuk adik-adik cuba amalkan. 
semoga bermanfaat (",) 

-Pastikan adik2 bersedia dengan ilmu yang secukupnya untuk menjawab soalan peperiksaan- 


1. Solat hajat dan taubat sebelum tidur. seboleh-bolehnya tidur awal dan bangun awal sekitar jam 4-5 pagi untuk solat. 
2. ulang semak nota ringkas atau formula2 penting selepas solat subuh 
3. Jangan lupa sarapan, dan pastikan yang berkhasiat! mengikut kajian, sarapan pagi dapat meningkatkan produktiviti minda untuk berfikir lebih baik berbanding orang yang tidak mengambil sarapan.

4. salam ibu dan ayah sebelum ke tempat peperiksaan. minta restu mereka kerana restu ibubapa juga sumber kekuatan dan kejayaan kita. 
5. Betulkan niat kerana Allah. Semoga Allah membantu memberikan ilham untuk adik2 menjawab dengan lancar dan tenang. 
6. Jangan lupa bawa peralatan peperiksaan yang lengkap, Kad pengenalan dan Slip peperiksaan. 
7. Kalau rasa berdebar dan tidak tenang, cuba amalkan membaca surah Al-Insyirah dan Al-Fatihah. 
8. Elakkan ulangkaji/ mengadakan perbincangan panjang dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. 
9. Selawat, doa dan Bismillah sebelum menjawab peperiksaan. 
10. Bertenang dan tersusun. 

 ~InsyaAllah, semoga berjaya. Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan~


 
[...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny