Thursday 20 December 2012

Mengatasi Rendah Diri


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, setelah siri program WWE anjuran Nisa' Paya Besar dengan kerjasama beberapa pihak, diharap adik2 dapat mengenalpasti kelemahan berbahasa inggeris dan mendapat tips2 yang sangat baik untuk memantapkan bahasa inggeris adik2. walau bagaimanapun, kami Nisa' Paya Besar suka untuk berkongsi cara2 mengatasi rasa rendah diri yang mungkin masih ada pada adik2 yang menyebabkan tidak dapat menggunakan tips yang diberikan oleh coach tempoh hari. 
Kaedah mengatasi rendah diri ini dikongsi dari majalah solusi kolum Potensi oleh Dato' Hj. Muhammad Zakaria.

Ada daripada kita memiliki sifat rendah diri yang melampau sehingga sering merasakan diri serba kekurangan. orang lain pandai-pandai belaka, tetapi kita tidak. Diri kita miskin sedangkan orang lain kaya. 
Apabila berada ditengah-tengah kelompok manusia anda sering berasa kerdil dan serba tidak kena seolah-olah orang lain memandang rendah terhadap diri dan mengetahui kekurangan yang ada dalam diri anda. 

Hakikatnya bukan semua orang tahu membaca bahasa tubuh yang ditonjolkan. biarpun terasa terasing dalam kelompok yang ramai, bukan semua orang tahu gelodak hati anda. Fahamilah bahawa ramai orang yang mahu mencungkil bakat dan kelebihan yang ada pada diri anda. Mereka mahu berkongsi pengalaman, bukan mendedahkan kelemahan anda.

Apabila berada dalam sesebuah majlis, mengapa anda memilih tempat duduk paling belakang? Ataupun mengapa duduk di sebalik tiang? Kalau boleh, tiada hubungan terus antara anda dengan pengacara, penceramah atau VIP yang duduk di atas pentas.

Bagitu juga apabila anda berkomunikasi dengan seseorang. Awal-awal lagi anda telah mendedahkan kelemahan dengan membuat pengakuan seperti:
*saya bukanlah orang terpelajar seperti tuan.
*saya orang kampung sahaja.
*maaf syarikat saya kecil sahaja, kad nama pun tak ada. 
*saya datang naik bas sahaja.

Bukan seperti sangkaan

Sebenarnya, diri anda tidak selemah yang disangka. Orang lain tidak pernah memandang rendah terhadap kemampuan diri anda kecuali beberapa orang yang memang ego, sombong dan mementingkan diri sendiri.

Manusia sering tidak dapat membezakan antara "rendah diri" dengan "rendah hati". Kedua-duanya berbeza sama sekali. Rendah diri adalah sikap yang timbul kerana rasa kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri. sedangkan rendah hati adalah sifat mahmudah yang mulia disisi Allah iaitu tawaduk, tidak sombongdan tidak merendah-rendahkan orang lain. 

Rendah diri juga ditakrifkan sebagai perasaan memandang rendah kemampuan diri sendiri, tidak mempunyai sebarang kemampuan yang bermakna atau perasaan kurang berharga yang timbul kerana ketidakmampuan psikologi atau sosial mahupun keadaan jasmani yang kurang sempurna atau cacat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rendah diri adalah sejenis penyakit yang berbahaya dan perlu dirawat dengan segera. jika tidak, ia hanya merugikan diri sendiri. 
Apa yang menyebabkan anda sering berasa rendah diri? adakah kerana anda berasa banyak kekurangan atau berasa tidak mampu melakukan perkara yang orang lain boleh lakukan?
Jangan sering memandang posisi orang yang tinggi sama ada dari aspek kekayaan, ilmu, kemasyhuran atau kebolehan. Kita tidak mampu menjadi seperti orang lain. Jadilah diri anda sendiri dan itu sudah cukup menyenangkan. 

Mengenali dan memperkembangkan potensi diri sendiri cara terbaik untuk meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri. Ketahuilah bahawa setiap manusia sama disisi Allah dan bezanya adalah taqwa.

Dalam proses meniti usia, setiap orang mengumpul kelebihan dan kekurangan masing-masing. bahkan, orang yang anda anggap sempurna juga memiliki kekurangan tersendiri. Mereka sama seperti anda dan saya. Tiada alasan untuk anda berasa rendah diri. Berikut menjelaskan tentang punca dan ciri-ciri orang rendah diri:

Punca rendah diri:

1. Faktor dalaman: Faktor gen atau keturunan, kecacatan tubuh badan, penyakit, kelemahan menguasai bidang pelajaran, susah berkomunikasi dan sebagainya.

2. Faktor luaran: Faktor persekitaran, budaya, cara hidup, pengaruh orang yang terhampir, ekonomi, sosial, dan sebagainya.

Ciri-ciri orang rendah diri


Selalu menyendiri, 
mengelak daripada bergaul, 
selalu ragu-ragu dalam bertindak, 
tidak mahu bersaing secara positif seperti memasuki pertandingan olah raga atau sebarang pertandingan yang mencabar minda, 
mengelak daripada berhujah, 
enggan memberi pendapat.

Cara Atasi kekurangan diri:

1. Lupakan kekurangan anda.-terima diri seadanya, kerana tidak semua manusia sempurna. jadikan kekurangan sebagai kelebihan terutama jika tiada pada orang lain.
2. Luaskan pergaulan. -bergaul dengan orang yang mempunyai kepercayaan tinggi, belajar cara mereka jalani kehidupan.
3. Rajin bertanya. -mulakan perbualan (ice breaking) terutama dengan kenalan baru. jangan khuatir jika orang tidak menjawabpertanyaan anda atau bersangka bahawa pertanyaan anda dianggap sebagai soalan bodoh.
4. Tingkatkan penampilan diri. -beri perhatian pada penampilan diri sebelum keluar. berpakaian kemas adalah sangat baik untuk meningkatkan keyakinan diri.
5. Kembangkan kelebihan anda. -xpandai berpidato, tapi pandai menulis, mulakan dengan menghantar karya ke majalah/ akhbar yang kurang ternama dahulu, lama kelamaan mungkin boleh menghasilkan buku sendiri pula.
6. Sentiasa bersikap tenang. -kesalahan utama orang yang berasa rendah diri adalah kurang kawalan diri terutama jika berada dalam situasi yang tertekan dan asing. atasi kelemahan dengan membaca basmalah & ta'awuz, memegang sesuatu, memandang mata orang yang berkomunikasi dengan kita, menyusun percakapan dengan perlahan serta teratur dan sebagainya.
7. Singkirkan imaginasi negatif. -Hilangkan pemikiran bahawa semua orang sedang memerhatikan gerak laku atau berfikir negatif terhadap anda. semua hal negatif hanya ada dalam imaginasi dan kotak fikiran anda sahaja. 
8. Cuba sesuatu yang baru. -biasakan diri mencuba sesuatu yang baru yang akan membuka wawasan serta pandangan anda tentang kehidupan. Sasarannya adalah untuk memberi kita sebuah pemahaman bahawa tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini. keterbatasan hanya suatu kesalahan dalam cara kita berfikir. seharusnya kita tidak memiliki satu alasan pun untuk berasa rendah diri!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA'

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.


KEAHLIAN NISA'

Wanita berusia 15 - 40 tahun


SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Photobucket
PRESIDEN:
Pn. Nur Aishah Sulong
(Contact No: 0139535916)

NAIB PRESIDEN:
Pn. Nurul Mukminah Yusof
(Contact No: 01111009240)

SETIAUSAHA:
Pn. Nurussolehah Yusof
(Contact No: 01119324325)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
Pn. Nor Hafsah Muhammad Noor

PEGAWAI KEWANGAN:
Pn. Wan Normayani

EXCO UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI):
Pn. Fatimah Az-Zahra M.Yahaya

EXCO UNIT PENDIDIKAN & KERJAYA (UPK):
Cik Sakinah Abdul Aziz

EXCO UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN (UKK):
Pn. Siti Zuhaidah

EXCO UNIT KESENIAN & SUKAN (UKS):
Pn. Hayati Ibrahim

EXCO UNIT NISA' NEWS & NETWORK (3N):
Cik Norasyikin Safieny